Tuesday, February 24, 2015

M 106 ANAK JOHOR TERSOHOR 5


.
 Anak-anak Johor Tersohor  

BAHAGIAN 5


TOKOH 28
DATO' HJ ABDUL AJIB BIN AHMAD
(13 Sep 1947 - 3 Feb 2011)



Abdul Ajib bin Ahmad (13 September 1947 – 3 February 2011) was a Malaysian politician. He served as the Menteri Besar of Johor from 1982 to 1986 and was later a minister in the federal government of Dr Mahathir bin Mohamad. He was a member of the UMNO.

An economics graduate, Ajib worked as an adviser to Dato’ Musa Hitam (now Tun) before becoming Chief Minister of Johor in 1982. He served as Chief Minister until 1986, when he moved to federal politics, winning the seat of Mersing. He became a Minister in Prime Minister Department in the government of Dr Mahathir  but was dismissed in 1987 for supporting rebel UMNO leaders Tengku Razaleigh Hamzah against Mahathir in a party leadership dispute.

Abdul Ajib died of a heart attack at the age of 63 on 3 February 2011.

Note: Ajib Ahmad was appointed as MB Johor  to replace Osman Saat who had not reelected in the 1982's General Election.  I was made known that, initially the candidate for MB was  Dato' Hj Abdul Jalal bin Abu Bakar (former Deputy Minister and former Pol Sec to Ghaffar Baba).  However, with the strong influence from Musa Hitam (then DPM) where Dato Ajib served as his Pol Sec before, Ajib was appointed.  This has made Abdul Jalal 'jauh hati' and rejected the appointment of Senior State EXCO.  But later he accepted it.  

After the 1986's election, Ajib was brought to Federal, as a Minister in PM Department. His was succeeded by Mukhyiddin Yassin as MB Johore. However, in 1987 he was expelled from the Cabinet in the major reshuffle after the UMNO leadership dispute. Ajib supported his former boss (Musa Hitam) in 'Kem B' led by Ku Li to oppose 'Kem A' led by Dr Mahathir.



 
Datin Rafeah Hassan sedang menepung tawar
almarhum Dato' Abdul Ajib sedang menepung tawar
Aku ada kenangan tersendiri dengan almarhum Dato Ajib.  Beliau adalah 'guest of honour' semasa hari perkahwinanku pada 16 Okt 1983 (waktu itu almarhum ialah Menteri Besar Johor).

3 Feb 2011 - Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ajib bin Ahmad meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, kira-kira 3.25 petang ini akibat sakit jantung.

Abdul Ajib, 64, menjadi Menteri Besar Johor mulai 1982 hingga 1986 dan kemudiannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas memenangi kerusi Parlimen Mersing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditemui ketika menziarahi jenazah Allahyarham menyifatkan pemergian Abdul Ajib sebagai kehilangan besar seorang tokoh politik yang banyak menabur jasa di negara ini.

“Allahyarham bukan sahaja banyak memberi sumbangan dalam kepimpinan politik di peringkat negeri, malah di peringkat nasional”

"Saya bukan sahaja kehilangan seorang sahabat yang bersama-sama ketika kami masing-masing menjadi Menteri Besar Pahang dan Johor, malah rakan seperjuangan ketika kami dalam barisan Exco Pemuda UMNO,"

Najib menziarahi jenazah Abdul Ajib di Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Damansara Height, Damansara.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Ropeah Hassan, 60, dan empat anak.


TOKOH 29

DATO' SERI CHUA SOI LEK
(2 JAN 1947)


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilahirkan pada 2 Jan 1947 di Batu Pahat juga dikenali sebagai Chua Kin Seng, merupakan bekas ahli politik dari parti MCA. Dr. Chua telah melepaskan semua jawatan politik beliau pada 1 Januari 2008 akibat kontroversi peribadi. Bagaimanapun, pada 18 Oktober 2008, beliau kembali ke persada politik apabila memenangi pemilihan menjadi Timbalan Presiden MCA.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lim Poon, kemudian Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat dan Sekolah Tinggi Muar. Beliau telah mendapat pendidikan dalam bidang perubatan (MSSB) di Universiti Malaya pada tahun 1968-1973. 

Beliau telah bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Batu Pahat mulai tahun 1974. Pada tahun 1977 beliau meninggalkan tugasnya di hospital tersebut dan berkhidmat sebagai doktor di sebuah klinik swasta.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai wakil rakyat apabila memenangi kerusi DUN Penggaram pada PRU 1986. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut sehingga tahun 2004.

Sepanjang kariernya sebagai ADUN, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi Negeri Johor (1990-1995), Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi Negeri Johor (1990-1999) dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Alam Sekitar Negeri Johor (1999-2004).

Chua kemudiannya bertanding untuk pertama kali diperingkat Parlimen bagi kerusi Labis, yang dikosongkan oleh bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Shik pada pilihan raya 2004.


Datuk Dr. Chua Soi Lek dilantik menjadi Menteri Kesihatan yang baru selepas kemenangannya di Parlimen Labis itu.


YB. Datuk juga pernah menjawat sebagai salah seorang Naib Presiden MCA Kebangsaan, Pengerusi MCA Negeri Johor, dan Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat. Y.B. Datuk merupakan Komander St. John Ambulance Johor dan Timbalan Pengerusi Lembaga Taman Endau-Rompin. Beliau turut menjadi Presiden Johor State Japanese Encphelitis.


Selepas skandal video lucah yang berlaku pada akhir Disember 2007, beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA Kebangsaan, Pengerusi MCA Negeri Johor, dan juga Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat. Namun selepas itu beliau masih muncul pada media massa kerana meneruskan kegiatan politiknya.
Dalam pemilihan MCA (AGM) tahun 2008, walaupun tanpa jawatan Kerajaan, Chua masih ammpu memenangi jawatan Timbalan Presiden, mengalahkan abang Ong Ka Ting, iaitu Dato Seri Ong Ka Chuan.

Krisis MCA berlarutan. Chua meletak jawatan Timbalan Presiden MCA bagi membolehkan EGM dilaksanakan. Soi Lek memenangi jawatan Presiden MCA pada 29 Mac 2010 dalam EGM tersebut dengan mengalahkan bekas Presiden Dato Seri Ong Ka Ting dan Presiden yang mempertahankan jawatan, Dato Seri Ong Tee Kiat.


Chua telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Wong Sek Hin  dan mempunyai tiga orang anak. Salah seorang anaknya, Chua Tee Yong menggantikan beliau sebagai Ahli Parlimen Labis dalam pilihanraya Umum 2008 dan dilantik menjadi Timbalan Menteri pada tahun 2009.



TOKOH 30
TAN SRI DATO ABDUL GHANI BIN OTHMAN
(14 Nov 1946) 



Abdul Ghani bin Othman dilahirkan di Sungai Mati, Muar pada 14 November 1946. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Laki-laki Tangkak dan kemudian melanjutkan pengajian di Serkolah Tinggi Muar (High School Muar). Kemudian beliau menyambung pelajaran ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi di Australian University dan ijazah Sarjana dari University of Queensland. Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya (1974-1984) dan seterusnya dilantik sebagai Dekan Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya (1980-1982).

Kerjaya politiknya mula berkembang apabila dilantik menjadi Senator dari 1984 hingga 1986 dan selepas itu, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Ledang dalam pilihanraya umum tahun 1986. Pada Mei 1987 hingga November 1990, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan mulai November 1990 hingga November 1993.

Selepas itu, beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan mulai Disember 1993 hingga Mac 1995 dan mendapat jolokan sebagai ‘Bapa Rakan Muda’ kerana berjaya memperkenalkan program Rakan Muda yang mendatangkan faedah kepada golongan remaja dan belia.

Pada 3 Mei 1995, khidmat bakti Abdul Ghani mula ditagih oleh rakyat Johor dan beliau bertanding di peringkat DUN Serom setelah lebih 10 tahun berkhidmat di peringkat Pusat. Abdul Ghani yang berkongsi hidup dengan Datin Paduka Prof. Dr Jamilah Arifin dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Pada tahun 1989, beliau dikurniakan pingat Seri Mahkota Johor (SMJ) diikuti dengan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Dato' oleh Baginda Sultan Johor. Pada tahun 1996 dikurniakan pingat DK(II) oleh Sultan Johor. Beliau pernah menerima anugerah dari Timesport sebagai Sport Toto Man of The Year Award pada 1994.

Kegemilangan kerjaya politik Abdul Ghani secara prinsipnya menemui titik penghujung apabila beliau tewas kepada Lim Kit Siang dalam kawasan Parlimen Gelang Patah dalam PRU 13 tahun 2013.




TOKOH 31
DATO SERI AZALINA binti DATO' OTHMAN SAID
(31 DIS 1963)

Azalina Othman Said adalah Ahli Parlimen Pengerang, Johor, Malaysia. Beliau pernah menjadi Menteri Pelancongan (1999-2004) dan Menteri Belia dan Sukan (2004-2008).

Azalina telah dilahirkan di Johor Bahru pada 13 Dis 1963. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) (LLB) pada tahun 1988. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di London School of Economics and Political Science dan menerima Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) pada tahun 1990.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di Messr Raja Darryl & Loh (1988-1989, 1991-1994). Setelah menimba pengalaman, beliau menjadi rakan kongsi di syarikat guaman Azalina Chan & Chia (1994-2001) dan kemudiannya Messrs Skine (2001-2002). Pada tahun 2002 sehingga kini, beliau menjadi rakan kongsi di Messrs Zaid Ibrahim & Co. dan kemudiannya Zaid Ibrahim & Co. LLP, Singapore mulai tahun 2003. Beliau pernah menjadi pengacara dalam rancangan Dateline Malaysia di NTV 7.

Pada Pilihan Raya Umum ke-11 dan ke-12, beliau telah menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Pengerang (Kota Tinggi, Johor). Selain menjadi wakil rakyat, beliau juga memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Pengerang.  Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Belia dan Sukan UMNO, Ketua Biro Tindakan Sivil UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagi Ketua Penaja Puteri UMNO Malaysia pada April 2001 dan kemudiannya menjadi Ketua Puteri UMNO yang pertama dilantik mulai 1 November 2002 hingga tahun 2004.  

Setelah memenangi PRU 11 tahun 2004 beliau dilantik menjadi Menteri Belia Dan Sukan dari Mac 2004 hingg Mac 2008. Kemudiannya berpindah ke Kementerian Pelancongan mulai Mac 2008 hingga April 2009. Setelah tidak dilantik sebagai ahli Jemaah Menteri beliau kekal sebagai Ahli Parlimen sehingga sekarang (2015).

Beliau turut aktif dalam pelbagai kegiatan sosial dan kemasyarakatan. Beliau kini terlibat secara langsung sebagai Penasihat kepada organisasi-organisasi seperti Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPPMM), Gabungan Kontraktor & Pembinaan Wanita, Yayasan Pembangunan Malaysia, Women's Crisis Centre (WCC) dan 'Sisters in Islam'.

Beliau turut melibatkan diri dalam Women Sport and Fitness Foundation (WSFFM) sebagai Presiden, iaitu satu-satunya badan bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian dengan National Council of Women Organizations (NCWO). Beliau pernah dianugerahkan Global Leader for Tommorow (GLT) pada tahun 2003 oleh Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. Selain itu, beliau juga pernah menjadi hos rancangan-rancangan televisyen yang membincangkan isu-isu politik, ekonomi dan sosial seperti rancangan Dateline Malaysia dan Lidah Pengarang.

No comments:

Post a Comment