Tuesday, February 24, 2015

M 105 ANAK JOHOR TERSOHOR 4

.
 Anak-anak Johor Tersohor  

BAHAGIAN 4 


.
 TOKOH 20 
LIM KIT SIANG
(20 Feb 1941)



Lim Kit Siang di lahirkan Batu Pahat, Johor pada 20 Feb 1941 merupakan penasihat Parti Tindakan Rakyat (DAP), sebuah parti pembangkang di Malaysia. Lim memperolehi ijazah Undang-undang (LLB (Hons) dari Universiti London. Beliau berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Anak sulungnya Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang mulai tahun 2008. Lim Kit Siang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkan di Dewan Rakyat. Beliau juga pernah menulis 29 buah buku sejak tahun 1978.

Lim telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Rakyat sejak tahun 1969 sehingga sekarang (2015), dan telah mewakili pelbagai kerusi di kawasan di Melaka, Selangor, Perak, dan Pulau Pinang kecuali dari tahun 1999 hingga 2004 apabila beliau tewas dengan Chia Kwang Chye dalam Pilihanraya tahun 1999 di Bukit Bendera, P.Pinang. Kemenangan yang terakhir dan masih disandang ialah dalam PRU 13 (2013) apabila beliau mengalahkan MB Johor, Dato Abdul Ghani Othman di kawasan Parlimen Gelang Patah.

Lim menjawat sebagai Setiausaha Agong DAP selama 30 tahun sejak tahun 1969 hingga 1999. Kemudian memegang kerusi Pengerusi DAP kedua (ambil alih dari Dr Chen Man Hin) mulai tahun 1999. Manakala jawatan Setiausaha Agung diambil alih oleh Kerk Kim Hock (sehingga diambil alih oleh Lim Guan Eng pada tahun 2004. Pada tahun 2004 beliau digantikan oleh Karpal Singh sebagai Pengerusi DAP. Selanjutnya, Lim dilantik dalam peranan penasihat sebagai ketua perbadanan yang baru ditubuh, yang digelar "Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik".

Lim merupakan salah seorang ahli politik yang telah ditahan semasa operasi OPS LALANG pada tahun 1987 kerana dituduh membangkitkan perasaan perkauman. Akibatnya, beliau dipenjarakan dibawah ISA.


 TOKOH 21 
DATO' CHIN HON NGIAN



Dato' Chin Hon Ngian adalah seorang ahli politik dari Parti MCA. Beliau adalah bekas Ahli Parlimen Renggam dan pernah dilantik menjadi Menteri Kabinet Malaysia dalam tahun 80an.

 TOKOH 22 
ALMARHUM 
DATUK DR USMAN AWANG
(TONGKAT WARRANT)
(12 JUL 1929- 29 NOV 2001)

.
Bak kata pepatah Melayu, “harimau mati meninggal belang, manusia mati meninggalkan nama.” Biarpun hampir sedekad beliau pergi meninggalkan kita, namun dari lembaran karya-karya agung yang dinukilkan, kehadirannya tetap dirasai. Semasa hayatnya, beliau terkenal sebagai seorang penyair hebat dan ahli drama yang prolifik. Tongkat Warrant, Adi Jaya, Atma Jiwa, Setiabudi, antara nama pena beliau yang termasyhur. Beliau yang dimaksudkan ialah Allahyarham Dato’ Dr Usman Awang.

Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Beliau pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Tali Air Segamat. Kemudian memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai), tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah. Selepas itu, Usman Awang menjadi anggota polis apabila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka.
Pada tahun 1951, beliau berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf di Melayu Raya selama enam bulan. Beliau kemudian menjadi seorang pemberita. Sesudah itu beliau bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu.


Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya kepada Usman Awang. Tokoh ini dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Ibunya, Halimah, meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari dan menjual rotan pada waktu musim tengkujuh. Usman Awang menerima pendidikan setakat darjah enam Sekolah Melayu sahaja. Faktor kemiskinan tidak mengizinkannya mengecap kejayaan yang lebih baik. Beliau pernah menuntut di daerah Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940). Ketika Jepun melanda Malaya pada tahun 1942, Usman Awang memerah keringat sebagai seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama enam bulan di Singapura.

  

Pada tahun 1962, Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya ialah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Bermula pada Mei 1982,beliau menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera sehingga bersara pada bulan Julai 1985.
Usman Awang mula mencipta nama dalam dunia persuratan Melayu moden dengan penulisan sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Lantaran keistimewaan yang ada dalam sajaknya yang menarik, ia acap kali menjadi pilihan anak-anak sekolah juga masyarakat awam dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular ialah Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, Bunga Popi, Gadis Di Kuburan, dan Salam Benua. Manakala novel penulisannya yang masyhur sehingga kini ialah Tulang-tulang Berserakan. Begitu juga dengan cerpennya yang hebat seperti Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan sebagainya. Di samping itu, drama beliau yang bertajuk Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam turut dipentaskan.

 

Patah tumbuh, namun kehilangan dan kematian Usman Awang tidak akan berganti sampai bila-bila.  Usman Awang menghembuskan nafas terakhir pada 29 November 2001 kerana penyakit jantung ketika berusia 72 tahun. 


TOKOH 23


TAN SRI DATO DR ZETI AKHTAR AZIZ
(27 OGOS 1947)

 

Tan Sri Dato' Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz dilahirkan di Johor Bahru pada 27 Ogos 1947 dan merupakan anak tunggal kepada Profesor Dirajal Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. 

Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berpengaruh di Malaysia malah Asia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada tahun 1958. Pada tahun 1970 beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajianbeliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada tahun 1978. Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1970m hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

Pada tahun 1994 beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 Sep 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ke dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut. 

Zeti juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 hingga 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang anak.


 TOKOH 24 
DATO SERI S.SAMMY VELU
(8 MAC 1936)

Dato’ Seri Samy Vellu a/l Sangalimuthu was born in Kluang on 8 March 1936. He is the longest serving President of the Malaysian Indian Congress (MIC), a component party of the Barisan Nasional coalition. He has held the position since 1979, for 11 consecutive terms. He was the Works Minister and the longest serving minister in the Cabinet of Malaysia (29 years) until his defeat in the 12th General Election.

He was first appointed to the Malaysian cabinet in 1979, as the Government and Housing Minister. He then went on to serve until 1989, as the Works Minister. From 1989 to 1995, he became Malaysia's Minister for Energy, Telecommunication and Post. In 1995, he returned to the Works Ministry, where he remained until he lost his parliamentary seat to Dr. D. Michael Jeyakumar in the march 2008 General Election. This was the end of Samy's career in politic.


Samy Vellu is married to Datin Seri Indrani , who is also active in socio-political and various Non-Governmental Organisations. Samy Vellu has one son, Vell Paari, 45, who currently manages MAIKA Holdings and is advisor of Putera and Pemuda MIC. He is also has been appointed as Chairman of Unity and Community Development of MIC by its Central Working Committee. His daughter-in-law, Shaila Nair, 33, is also active in Puteri MIC, a special wing of MIC dedicated to Indian Women of Malaysia.

He is a Chartered Architect and a Member of the Royal Institute of British Architects (ARIBA) and Member of Malaysian Institute of Architect (APAM).
.

TOKOH 25
DATUK SERI MOHD SHAHRIR ABD SAMAD
(22 NOV 1949)




(anak Johor tetapi dilahirkan di Pahang)

TOKOH 26
DATO' SRI HISHAMUDDIN HUSSEIN
(5 OGOS 1961) 



Dato Sri Hishamuddin bin Tun Hussein dilahirkan pada 5 Ogos 1961 di Johor Bahru. Beliau adalah anak kepada Perdana menteri Malaysia ke 3 (dan Presiden UMNO ke 4), almarhum Tun Hussein Onn dan cucu kepada almarhum Dato' Sir Onn bin Dato Jaafar, Presiden UMNO pertama dan Menteri Besar Johor ke 7 dan cucu kepada almarhum Dato' Jaafar bin Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama.

Hishamuddin juga adalah sepupu kepada Dato Sri Najib Tun Razak (Perdana Menteri ke 6) kerana ibu beliau (Tun Suhaila) merupakan kakak kepada ibu Najib (Tun Hajjah Rahah). Sepupu atau dua pupu Hishamuddin yang lain, yang saya dapat jejak melalui bacaan saya ialah, Prof Diraja Ungku Aziz, Prof Syed Naguib Al-Attas dan Prof Syed Hussein Al Attas.

Darah pahlawan dan nasionalisma kuat mengalir dalam tubuh beliau. Hishamuddin kini adalah Menteri Dalam Negeri sejak April 2009. Sebelum ini beliau adalah Menteri Pelajaran (2003-2009) dan Menteri Belia dan Sukan (1999-2004). Belaiu pernah menjadi Naib Ketua dan Ketua pemuda UMNO Malaysia. Jawatan dalam parti kini ialah Naib Presiden UMNO yang dimenangi dalam pemilihan 2009.

Hishamuddin mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan St John's Institution, KL sebelum berpindah ke Alice Smith School, KL dan Cheltenhem College, UK. Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Undang-undang di University of Wales, Aberyswyth dan mendapat LLB dalam tahun 1984. Kemudian mengambil ijazah Sarjana (LLM) di London School of Economics. Sebelum menceburi bidang politik, beliau berkhidmat sebagai peguam di firma Skrine & Co dan Lee Hishamuddin Allen & Gledhill Co.

Kerjaya dalam politik bermula apabila beliau dipilih untuk menjadi Ahli Parlimen Tenggara (Johor) dalam PRU 1995 dan kemudian berpindah ke kawasan parlimen Semberong dalam PRU 1999 dan mengekalkannya dalam PRU 2004 dan 2008.

Beliau berkahwin dengan Tengku Marshilla binti Tengku Abdullah (anak saudara KDYMM Sultan Pahang sekarang).



TOKOH 26
DATO SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN

(30 NOV 1958)






Mohamamd Khaled dilahirkan di Muar pada 30 Nov 1958 dan mendapat didikan awal di Sek Keb Ledang dan Maktab Sultan Abu Bakar, JB . Beliau mendapat Ijazah Undang-undang dari Universiti Malaya pada tahun 1982.

Setelah menamatkan pengajian, beliau menyertai PETRONAS (1983) dan kemudiannya di lantik menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Shahrir Samad (1983-1987). Dalam PRU 10 (1999) beliau telah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru dan dilantik menjadi Timbalan Menteri Kerjaraya (1999-2004). Dalam PRU 11beliau memenangi kerusi Parlimen Pasir Gudang dan dilantik menjadi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2004-2008) dan kemudian bertukar portfolio kepada Menteri Pengajian Tinggi dari April 2009 hingga 2013.

Dalam PRU 13 (2013) Mohamed Khaled telah memenangi kerusi DUN Teberau dan dilantik menjadi MB Johor bagi menggantikan Dato Ghani Othman yang tewas dalam PRU yang sama.

Berkahwin dengan Datin Rosni binti Omar (1986).



TOKOH 27
DATUK SHARIFAH AINI SYED JAAFAR
(2 JULAI 1953)

Datuk Sharifah Aini binti Syed Jaafar adalah seorang penyanyi tersohor yang dikenali sebagai Biduanita Negara di Malaysia. Beliau adalah artis yang terkenal semenjak era 1970an sebelum kehadiran Sudirman Hj Arshad (Datuk) dan Siti Nuhaliza (Datuk). 

Sharifah Aini binti Syed Jaafar dilahirkan di Johor Bahru pada 2 julai 1953 dan dibesarkan di Kampung Majidee. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci alQuran dan pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya. Sharifah telah bersekolah menengah di Sekolah Sultan Ismail, Johor Bahru. Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam" dan sekaligus dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTS" 1968. Selepas kemenangannya, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Album pertamanya yang berjudul Seri Dewi Malam telah diterima dengan hebatnya oleh peminat ketika itu. Sharifah bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Malaysia dan juga Singapura. 



Sharifah telah menghasilkan hampir 93 album, termasuk 7 album lagu bahasa Inggeris. Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, bahkan seluruh Asia Tenggara, Jepun, China, Hong Kong dan Korea. Lagu Seri Dewi Malam telah menjulang nama beliau sebagai artis pujaan ketika itu. Bakat Sharifah menyerlah apabila telah diasah bakatnya oleh seorang penggubah lagu terkenal iaitu Ahmad Nawab (Datuk).

Sharifah juga banyak mengadakan persembahan dan mengadakan beberapa konsert besar di beberapa negara di Asia dan Timur Tengah seperti Kuwait. Beliau juga mempunyai peminat dari pelbagai golongan bangsa dan umur. Pada tahun 2003, beliau telah mengadakan konsert di Istana Budaya iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini. Konsert besar yang diadakan di pentas bertaraf dunia itu turut dihadiri oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir. Paling membanggakan, beliau merupakan satu-satunya artis pertama Malaysia dan Asia yang telah diberikan penghormatan untuk mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall yang selama ini hanya dikuasai oleh artis Barat.
Sharifah telah menubuhkan syarikat beliau sendiri iaitu Pods And Pedal Giftlab. Pada tahun 2003, beliau telah menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail kerana sumbangannya yang begitu besar dan tidak ternilai kepada bidang seni negara.

Pada 16 Ogos yang lalu, Sharifah telah mencatat sejarah yang besar dalam negara apabila beliau berjaya mengadakan konsert Muzika Arabia Bersama Datuk Sharifah Aini di Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut. Aura tersendiri dan kelebihan beliau dalam menyanyikan lagu Arab dengan begitu baik sekali telah menarik penonton yang begitu ramai baik di dalam dan luar negara. Ia sekaligus menjadikan Sharifah sebagai artis pertama yang diberikan penghormatan untuk mengadakan konsert yang mempunyai unsur budaya di Timur Tengah. Sebagai penghargaan, beliau telah diberikan gelaran Permata Negara oleh Menteri Kebudayaan Dan Kesenian, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan juga beberapa pihak lain.

Pada tahun 2005, beliau telah menerbit sebuah novel. Novel tersebut berjudul 55 Reason Why Sharifah Aini Was Not Lying. Ia mengisahkan tentang segala dugaan dan onak duri cabaran serta keperitan hidup beliau selama bergelar anak seni. Paling menarik, novel ini bukan sahaja dijual di dalam negara, ia juga dijual di beberapa negara di Singapura, Indonesia, Brunei, Hong Kong dan Jepun. Beberapa novel yang juga membabitkan beliau ialah seperti novel Biografi Tokoh Wanita MalaysiaThe Malaysian Peak dan A tribute To A Woman In Malaysia.

Di Malaysia, Sharifah merupakan satu-satunya artis yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman iaitu EMI Malaysia. Sebagai satu penghargaan, nama beliau telah diabadikan dalam Malaysia Book Of Records bagi membalas jasa dan budi beliau kepada negara yang telah membawanya hingga ke peringkat antarabangsa. Sharifah Aini merupakan salah seorang yang tergolong dalam golongan Hartawan dan Jutawan. Hingga kini, beliau sudah mempunyai aset yang bernilai jutaan ringgit. Ia merupakan hasil titik peluh beliau sepanjang 30 tahun bergelar artis.

Setelah berusaha keras dalam memperjuangkan diri dalam bidang seni, usaha dan bakat yang dimiliki oleh beliau akhirnya diiktiraf oleh industri muzik tanah air. Sharifah telah menerima pelbagai anugerah yang telah membawanya hingga ke luar negara sekaligus meletakkan dirinya di tahap antarabangsa setanding dengan artis-artis popular di Asia. Antara anugerah yang pernah diterima oleh beliau ialah seperti Anugerah Penghibur Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 1972-1977), Anugerah Penghibur Wanita Popular 1970-1976, 1979 (Persatuan Pencipta Lagu, Penyanyi Dan Penghibur Tanah Air), Anugerah Aktres Terbaik (Hapuslah Airmatamu-Festival Filem Asia Pasifik 1977), Anugerah Seri Wirama (Anugerah Industri Muzik 2000), Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Kebesaran Sultanah Kedah), Anugerah Emas Era (Anugerah Era 2002), Anugerah Khas Bintang Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003), Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi 2006).

Datuk Sharifah Aini adalah satu-satunya artis Malaysia yang digelar Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Saloma (Puan Sri) memegang gelaran tersebut. Ia adalah gelaran yang tertinggi dan gelaran seperti ini hanya diberikan kepada artis wanita yang begitu berjasa kepada rakyat, negara dan juga membawa nama hingga ke tahap antarabangsa.Beliau telah menerima Anugerah Tertinggi Biduanita Negara di Anugerah Kecapi anjuran RTM sebagai tanda penghormatan kepada beliau yang telah lama memperjuangkan diri dalam bidang seni suara sekaligus telah mengharumkan nama negara hingga ke arena seni antarabangsa.

Pada tahun 1981, telah berlakunya peristiwa yang bersejarah iaitu perkahwinan Sharifah Aini dengan suaminya, Ali Bakar. Namun, perkahwinannya hanya bertahan selama setahun selepas Sharifah melahirkan anaknya, Aliff. Perceraian itu berlaku setelah Sharifah Aini mendapati bahawa suaminya itu mempunyai seorang isteri sebelum menikahinya. Setelah beliau bercerai dengan suaminya, Sharifah telah mengahwini dengan seorang ahli korporat. Sharifah telah bercerai dengan suami keduanya pada tahun 1992.


Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada  5 Jul 2014.

No comments:

Post a Comment