Tuesday, February 24, 2015

M 099 ULAM ULAMAN ORANG MELAYU


  KHASIAT ULAM ULAMAN 

Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencalok, atau sambal belacan, sebelum dimakan bersama nasi. Ulam sudah terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji,buah,ubi dan kadang-kadang bunga. 

Aku sendiri, kalau tak ada ulam, nak start makan bukan main liat.  Kalau tenguk hidangan yang isteriku sediakan tak ada ulam langsung, aku akan cari sekurang-kurangnya bawang besar.  Potong bawang nipis-nipis dengan cili api, bubuh kicap, beres. Lepas tu laju je makan.

Sebab itu, walaupun aku duduk di quarters, dengan tanah tepi rumah yang amat terhad- dah la tu tanah merah keras bercampur batu sisa runtuhan bangunan lama, aku tetap akan usahakan tanaman kontan seperti ubi kayu, keladi sayur, serai, pandan, lengkuas, pisang dan lain-lain. 

Pisang yang aku tanam termasuk pisang hutan/pisang batu.  Senang tumbuh dan tak membesar sangat. Niat asal aku tanam pisang hutan ini ialah untuk dijadikan pelindung supaya bahagian belakang rumah aku (khususnya dapur dan tempat mesin basuh baju) terlindung dari orang ramai yang melalui jalan utama di belakang rumah aku (tidak sampai 10 meter. Adalah sikit privacy. Pisang ni, buahnya tak boleh makan (dalam ada biji-biji macam batu). Aku akan ambil jantungnya, rebus. Pun sodapppp.  Kalau tak, sebelum dia berbuah aku tebang, ambil umbutnya, masak gulai - formula dari Kedah. Selera tak payah cakap. Tak cuit lauk lain dahhhhh.

Pokok buah yang aku tanam ialah limau kasturi (beli dalam pasu masa Gong Xi Fa Chai), limau purut, jambu air, kedondong, mangga Chenok, dan mangga epal.

Kalau nak tambah selera makan, aku akan keluar kejap petik pucuk ubi, celur, perah, cecah sambal kicap campur limau kasturi. Puhhhhhhh. melio melelehhhh airlioq.


sambal belacan


sambal cencalok (tradisi Melaka)


sambal budu (tradisi Kelantan)


ulam-ulaman

Sayur-sayuran biasa boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Ini termasuklah sayur-sayuran seperti timun, kubis dan terung. Selain daripada sayur-sayuran biasa, terdapat satu lagi kumpulan ulam ialah ulam tradisional. Ulam tradisional lebih meluas penggunaannya termasuk digunakan sebagai ulam biasa, sebagai bahan masakan seperti dalam penyediaan nasi ulam, nasi kerabu dan masakan sayur lemak, dan sebagai bahan perubatan seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi. 

Kategori Ulam

Di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan telah dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada pelbagai keluarga tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut terdiri daripada tumbuhan kecil dan melata jenis semusim seperti pegaga, dan sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar jenis saka seperti petai, jering, genuak dan kerdas. 

Pokok jenis saka adalah pokok yang besar dan tinggi. Biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara. Pokoknya boleh meninggi atau menjulang antara 20 - 30 meter. Ukuran lilit batangnya boleh menjangkau antara 2 - 5 meter.


 
 
 

Ulam-ulam terbahagi kepada dua, iaitu kumpulan ulam yang popular dan mudah didapati di pasaran, contohnya rebung buluh, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja dan beberapa jenis ulam lagi termasuk dalam kumpulan kedua iaitu ulam yang kurang terkenal dan jarang didapati di pasaran seperti kerdas, jering, genuak, pucuk jambu gajus, beluntas, pucuk betik dan cekur. Bagaimanapun dengan adanya pasar-pasar tanidan pasar minggu yang diadakan oleh jabatan FAMA, dan lain-lain, ulam-ulam secara keseluruhan masih dapat dibeli walaupun secara terhad.

Makanan Tradisional

Secara amnya ulam tidak ditanam secara komersial. Ulam hanya ditanam secara kecil-kecilan disekitar rumah untuk dimakan sendiri atau dipetik daripada yang tumbuh meliar. Ulam yang ditanam untuk kegunaan sendirian biasanya adalah dari jenis semusim dan mudah ditanam seperti pokokulam raja, selom dan kacang kelisa. Ulam yang berasal daripada pokok saka biasanya dikutip dari tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dalam keadaan semulajadi seperti hutan atau dusun. Antara ulam yang termasuk dalam kumpulan ini adalah jering, petai, pucuk putat, buah kerdas, rebung dan genuak. Terdapat juga yang ditanam untuk kegunaan lain seperti untuk buahnya, tetapi sebahagiannya diambil untuk dimakan sebagai ulam seperti jantung pisang, pucuk ubi, nangka muda, pucuk keledek dan pucuk gajus. 

Bagaimanapun, peningkatan permintaan yang disumbang oleh kegiatan pemasaran dan pengedaran yang lebih meluas, seperti di pasar tani, pasar malam atau pasar minggu telah menggalakkan para petani-petani untuk mula menanam ulam-ulam secara meluas atau komersial.


 
 

Khasiat Ulam

Oleh kerana ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), Fosforus (P), Besi (Fe), Natrium (Na) dan Kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh, daun kaduk didapati mempunyai Kalsium, Fosforus dan Besi yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus.

Khasiat Perubatan

Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh, pegaga kini telah diiktiraf oleh WHO. sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.

Ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit diabetes sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita.

.
daun kaduk

daun tenggek burung

daun selom/selohom

sambung nyawa

daun pegaga


Centella asiatica atau lebih dikenali de­ngan nama pegaga di negara ini ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan se­seorang.

Herba daun hijau berbentuk kipas itu biasa terdapat di Jepun, India, China dan Indonesia. Namun, kini ia semakin mendapat perhatian masyarakat Barat yang mula menyedari kebaikannya.

Ia juga dikenali dengan nama Gotu Kola di India dan sering ditemui di kawasan berair. Pegaga boleh dimakan begitu saja sebagai ulam setiap hari, direbus atau dikisar menjadi minuman.

Lebih menarik, perubatan tradisional turut menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita.

Pegaga dikatakan mampu merawat ­kerosakan kulit secara tradisi selain meningkat­kan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin me­ngamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya.

Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.

Bahan aktif pada pegaga yang merang­sang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus me­ngurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.

Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya me­ngelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.
Pegaga juga dikatakan mampu ­meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha.

Bagi yang bimbang de­ngan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia ­memiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit.

Istimewanya, ia me­ngandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.

Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegang­kan kulit dan menjadikannya lebih tegang.

Lebih me­ngujakan, pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping mening­katkan peredaran darah.

Sifat antibakteria yang ada pada pegaga membuat­kan ia turut digunakan sebagai rawatan tradisi untuk jangkitan bakteria dan virus seperti selesema, jangkitan saluran kencing, influenza, batuk kering, kusta dan taun.

Selain kulit, pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah keguguran rambut kerana kandu­ngan nutrien mampu me­nyuburkan kembali rambut tidak bermaya.

Ia mampu me­nguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, me­nguatkan salur darah dan akar rambut serta me­ngelak masalah rambut yang lain.

Peredaran darah yang baik di kulit kepala membantu meningkat­kan aliran oksigen, seterusnya mengelak masalah rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut.
Pegaga menawarkan rawatan alternatif yang murah, berkesan dan mudah. Bagaimanapun, bagi mereka yang me­ngalami masalah kesihatan serius, penggunaan herba untuk merawat perlu dirujuk kepada doktor.

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8581#sthash.nKfpLXE5.dpuf


pucuk gajus (juga dikenali sebagai janggus atau ketereh)

buah tomato


kacang bendir


kacang panjang


Nama saintifik: Lycopersicon esculentum
Ia lazat dimakan entah, dibuat jus atau bahan dalam masakan.  Tomato kaya dengan zat galian, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan.  Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan bahan awet muda.

Satu kajian di USA mendapati bahawa pigmen merah pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai lycopene yang boleh mengurangkan risiko dikalangan peenyakit barah prostat.  Kajian itu juga mendapati bahawa dengan mengurangkan dengan permukaan10 biji seminggu  dapat mengurangkan risiko penyakit itu sehingga 45%.

mentimun

buah kerdas/genuak/geduak

petai


ulam raja

daun pudina

Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae. Ia tergolong dalam spesies mentha. Tumbuhan ini mempunyai batang yang bersegi dan dedaun yang harum baunya manakala sesetengahnya mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna ungu muda atau merah jambu. Terdapat berbagai-bagai jenis pudina di seluruh dunia, antaranya Mentha spicata "moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot, Mentha xsmithiana "rubra" yang digunakan dalam manisan dan minuman, Mentha aquatica untuk merawat cirit birit, Mentha arvensis, sejenis pudina Jepun yang boleh melegakan selesema dan menghilangkan rasa loya dan Mentha x piperita "crispa" yang boleh menjauhkan tikus.



buah peria

Peria atau nama saintifiknya Momordica churantia, sayur hijau seakan timun, merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden dewasa ini. Berasal dari Selatan China, peria digunakan sebagai salah satu herba dalam perubatan tradisional China. Air rebusan peria digunakan oleh pakar perubatan China untuk merawat penyakit asma. Biarpun setakat ini belum ada kajian saintifik sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut, terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa tumbuhan menjalar yang agak pahit rasanya itu boleh membantu menghentikan, dan ada kalanya membalikkan penyakit tersebut daripada merebak. Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. Ujian darah untuk menguji jumlah kiraan sel imun adalah perkara paling asas untuk mengetahui perkembangan dan betapa seriusnya tahap HIV dan AIDS. Dalam beberapa kajian yang dijalankan terhadap individu yang mana kiraan CD4 telah menurun ke paras yang berbahaya dan kritikal, didapati kiraan sel CD4 mereka meningkat semula setelah mengamalkan pengambilan peria dalam diet harian mereka untuk jangka masa tertentu. Menurut kajian tersebut, jika jumlah kiraan sel CD4 ini agak pada peringkat awal pengubatan (mengamalkan memekan peria), tahap peningkatan sel imun yang baru adalah lebih memberangsangkan.
  
Bagaimanapun terdapat juga laporan mengatakan bahawa dalam beberapa kes tertentu, pengubatan cara baru ini juga telah berjaya meningkatkan tahap CD4 terhadap individu yang mana kiraan sel tersebut telah menurun hingga ke paras sifar. Selain dapat meningkatkan sel imun tubuh, peria juga didapati berguna untuk merawat, ataupun mampu mengurangkan, penyakit-penyakit sampingan yang mempunyai kaitan dengan jangkitan HIV seperti arthritis dan "opportunistic infections", misalnya  herpes kemaluan, tuberkolisis dan beberapa jenis penyakit kulit, yang menyerang lantaran lemahnya sistem imunisasi tubuh. Sehingga kini kajian saintifik sepenuhnya atas keberkesanan peria belum dapat dilakukan, kerana faktor kos uji kaji yang terlalu tinggi. Namun ujian secara kecil-kecilan di makmal amat memberangsangkan. Sekumpulan pakar penyeledik di Amerika Syarikat telah berjaya mengasingkan sejenis protein yang terdapat didalam peria iaitu MAP-30. Ia dikatakan mengandungi sifat-sifat anti-kanser sepertimana yang terdapat pada tikus. Selain daripada itu MAP-30 juga mengawal merebaknya penyakit-penyakit virus seperti herpes dan poliomaelitis, dan menghalang penyakit tersebut daripada membiak dan merebak dari satu sel ke satu sel yang lain. Protein-protein lain yang diasingkan daripada tumbuhan jenis memanjat ini juga didapati boleh membantu mengurangkan keguguran dan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Para saintis dari Itali pula telah mengesahkan bahawa protein daripada peria ini mempunyai sifat-sifat anti-virus.

buah pokok putat

buah jering


Nama saintifik: Pithecellobium jiringa.
Sejenis ulam sebagai pembangkit selera. Biji jering yang muda dipotong tipis atau segi, di cicah dengan sambal belacan. Sedap juga jika ditumbuk dan dicampur dalam masak lemak cili api. Walau baunya (di mulut) agak kuat dan kurang di senangi orang, ia mempunyai kelebihan dan daya tarikan tersendiri.

Pokok jering tumbuh membesar dan rendang. Bunganya berwarna putih dan berjambak manakala buahnya dalam bentuk lenggai.  Pokoknya ditanam atau tumbuh dalam hutan.  Selain sedap untuk dibuat ulam, jering mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan dan kesihatan.

Jering mempunyai kandungan protein yang tinggi (10.5%), 84.1% kabohiderat, 52% air dan 1% abu, 0.8% lemak dan 3.6% gentian (fibre).  Jering dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

kacang botol & kacang kelisa
(cecah sambal belacan tempoyak memang nikmat)

Psophocarpus tetragonolobus ialah nama botani bagi kacang botol. Nama sinonim yang lain bagi kacang botol ialah Dolichos tetragonolobus dan Botor tetrogonolobus. Walaupun nama botani ada nama genus, nama kedua atau nama spesies adalah sama, iaitu tetragonolobus dan ini merujuk buah yang mempunyai empat cuping.

Kacang botol biasanya tumbuh secara segar walaupun tidak dibaja dan hidup di tanah yang kurang subur. Ini kerana akar kacang botol menghasilkan banyak bintil yang mengandungi bakteria pengikat nitrogen. Hubungan simbiotik antara akar kacang botol dengan bakteria dapat hidup dalam bintil-bintil yang boleh mencapai sebesar 1.5 cm ukuran garis pusat. Hasil pengikatan nitrogen atmosfera terhadap bentuk sebatian nitrogen menjadi baja bagi kacang botol.

 Khasiat dan nilai perubatan dalam kacang botol Kacang botol adalah sejenis sayuran yang mengandungi banyak protein. Disamping itu kacang botol muda mengandungi banyak
kalsium, besi dan vitamin A. Daunnya mempunyai nilai pemakanan yang baik dengan kandungan 5-7 % protein, banyak mengandungi vitamin A, vitamin C dan garam galian.

Biji kacang botol yang masak mempunyai nilai pemakanan yang paling menarik. Manakala buah kacang botol yang muda pula mengandungi 1-3 % protein. Nilai kandungan protein yang terdapat pada kacang botol lebih tinggi jika dibandingkan dengan sayur-sayuran tropika yang lain yang daripada jenis kekacang. Selain itu, kandungan asid amino dalam kacang botol juga mempunyai persamaan dengan kacang soya.

Kandungan asid oleik dan linoleik berjumlah 67 % daripada jumlah penuh komponen asid emak. Asid tepu pula berjumlah 29 %. Nisbah asid lemak tepu atau tidak tepu ialah 1:3. Kandungan tokofenol, garam galian fosforus, zink, dan kalsium adalah tinggi. Manakala ubi kacang botol yang segar mengandungi 8-10 % protein, tetapi kandungan asid aminonya adalah rendah. Kacang botol pula mengandungi 30 % kandungan karbohidrat.

Kacang botol mempunyai khasiat dan nilainya dalam perubatan. Bagi orang yang diserang demam campak, daun kacang botol yang direbus dengan bahan campuran lain boleh disapukan ke seluruh badan bagi melegakan penyakit tersebut. Di samping itu, akar kacang
botol yang ditumbuk lumat digunakan untuk mengubati penyakit vertigo. Manakala air bancuhan daun kacang botol digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah. Daunnya yang ditumbuk lumat juga boleh disapukan pada bahagian bengkak dan bisul serta daunnya juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.

daun maman
daun kemangi


Meskipun murah dan banyak ditemukan, kemangi yang disebut juga dengan istilah Lemon Basil ini ternyata memiliki khasiat yang sangat banyak.
Mengoleskan rebusan kemangi bersama bawang merah dan minyak kelapa pada bagian perut, dada, dan punggung ternyata dapat meredakan perut kembung dan masuk angin. Jika Anda memiliki masalah bau badan dan bau mulut, mengkonsumsi kemangi segar atau meminum air rebusan kemangi, daun beluntas, dan kunyit dapat mengatasinya.
Menurut John Henry M. dalam bukunya yang berjudul “A Dictionary of Practical Material Medical“, daun kemangi berkhasiat menyembuhkan gangguan pencernaan, nyeri payudara, dan batu ginjal. Selain itu, kemangi juga dapat mengatasi influenza, gangguan menstruasi, sakit telinga dan sakit kepala/migrain, infeksi usus, dan gangguan saraf. Tidak hanya itu, aroma kemangi dapat menolak gigitan nyamuk.
Bagi pria, senyawa 1-8 sineol dalam kemangi dapat mengatasi masalah ejakulasi prematur, dan zat argininnya 

pucuk mengkudu
bunga kantan

 
pucuk ubi (mesti dicelur dengan air panas dahulu)

pucuk manis atau cekur manis

pucuk tenggek burung

pucuk cemperai

daun pecah beling

pucuk paku merah

pucuk paku

pucuk paku Jepun atau midin (Sarawak)
daun pegaga

Antara khasiat lain pegaga adalah:
  • penawar alahan
  • merawat asthma dan sesak nafas
  • merawat jangkitan paru-paru
  • merawat kegusaran dan kegigilan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit dan gastrik
  • menurunkan tekanan darah
Pegaga boleh dimaklumkan sebagai ulam yang bernutrisi dan berkhasiat. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak. Rasanya agak sedikit pahit, dan sering digunakan oleh orang Asia untuk memasak sebagai sayuran tambahan. Diakhir penyediaan hidangan seperti kari, mee goreng atau nasi goreng, penyudah hiasan makanan tersebut biasanya diletakkan hiasan seperti hirisan daun pegaga, dan daun bawang. Masyarakat Nusantara juga menjadikan ekstrak pegaga sebagai minuman herba atau tonik herba atau jamu. Pegaga juga sering dimakan bersama nasi putih yang berlauk-pauk, daun pegaga dicicah dengan sambal belacan juga dijadikan pencuci mulut tradisional yang sedap dan pedas. Masyarakat India pula menjadikan ekstrak daun pegaga sebagai minuman musim panas yang dicampur ais dinamakan “thandaayyee”.

Pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan Cina. Lebih lagi, pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu dirujuk sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda.


pucuk putat

rebung (buluh)

Secara tradisional, Rebung bambu kuning biasa digunakan sebagai obat penyakit kuning (Hepatitis A). Penggunaannya secara tradisional ini diwariskan secara turun temurun. Seperti diketahui penyakit kuning berhubungan dengan ketidakberesan fungsi hati, sehingga sering disebut sebagai “penyakit lever” atau “penyakit liver”.

Rebung bambu kuning mengandung para hidroksi bemsaldehid, yaitu suatu fenol yang mirip dengan sebagian gugusan silimarin dan kurkumin. Kedua gugusan ini berkhasiat sebagai anti racun hati. Senyawa silimarin telah lama dipasarkan sebagai obat liver atau obat lever atau sakit hati dengan merek dagang Legalon.   Dari penelitian di Jerman, sari rebung bambu bisa memperbaiki kerusakan sel hati binatang percobaan, yang sebelumnya sengaja dirusak dengan racun hati. 

Rebung adalah tunas bambu yang baru berumur beberapa hari saja.Tanaman bambu sendiri cukup unik, dimana pertumbuhannya sel-selnya pada saat muda sangat cepat.  Untuk mencapai tinggi sama dengan bambu yang sudah tua, bambu hanya memerlukan waktu 40 hari saja.  Keunikan bambu bambu ini hanya terjadi pada saat muda saja dari mulai rebung ini.  Rebung bambu biasa dimanfaatkan untuk bahan sayuran oleh ibu-ibu.  Manfaat obat rebung bambu belum banyak diteliti, namun sudah ada catatan penggunaan rebung bambu untuk pengobatan herbal, terutama rebung bambu kuning.


Rebung banyak mengandung protein yang berfungsi untuk menjaga kesehatan sel-sel di dalam tubuh agar bisa berfungsi dengan baik.  Disamping itu kandungan antioksidan dalam rebung bisa menangkal  senyawa bebas yang berbahaya bagi manusia. Jenis antioksidan yang terdapat dalam rebung namanya adalah Fitosterol. Kandungan ini untuk menurunkan kadar kolesterol jahat dalam darah.



pucuk betik

daun kesum

daun ketumbar (atau daun sadri atau daun sup)
thumbnail
daun bawang

daun belalai gajah
Daun Kucai
daun kucai

Kucai (Allium tuberosum Rottler ex Spreng. dan A. ramosus), atau bawang kucai serta daun kucai, dikenal sebagai sayuran daun dan biasa disajikan dalam irisan kecil-kecil. Kucai lebih banyak dipakai untuk masakan China dan Jepun seperti, bubur ayam dan isi Jiaozi.  

Selain bermanfaat untuk masakan, kucai ternyata bermanfaat untuk kesehatan. Berikut ini adalah beberapa manfaat dari kucai untuk kesihatan.

Menurunkan Berat Badan. Kucai bermanfaat untuk menurunkan berat badan, makanan ini banyak dikonsumsi bagi mereka yang sedang diet. Kucai sarat dengan antioksidan, serat, vitamin, kalsium dan mineral. Yang baik untuk kesehatan tubuh.

Menurunkan Tekanan Darah dan Kolestrol. Kucai mengandung allicin, sama seperti bawang putih dan daun bawang. Allicin dapat bermanfaat untuk mengurangi tekanan darah dan menurunkan kolestrol dalam tubuh. Selain itu, juga bermanfaat untuk menghilangkan bakyeri dan jamur dalam saluran usus.

Mencegah Sembelit. Kucai kaya akan serat makanan yang dapat membantu mempelancar pencernaan. Fiber yang terdapat dalam kucai mampu menghilangkan sembelit.

Mencegah Kanser. Flavonoid dan sulfur yang terdapat dalam kucai dapat mencegah beberapa jenis kanker. Seperti, kanser usus besar, kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Kucai dapat melawan radikan bebas dan mencegah perkembangan kanser

Mengatasi Masalah Kulit. Kucai memiliki sifat anti bakteria dan anti kulat yang sangat baik untuk mengatasi infeksi kulit. Gunakan kucai saat memakai lotion, scrab dan luka. Kucai juga dapat membunuh bakteria dan kulat saat kulit anda mengalami memar.

Membantu Mencegah Jerawat. Beta karoten yang terdapat dalam daun bawang bermanfaat untuk membersihkan kulit, sehingga kulit terbebas dari jerawat. Asupan periodik kucai dapat mempercerah kulit.

Mencegah Rambut Rosak. Daun kucai dapat memperkuat folikel rambut dan meningkatkan aliran darah dari kulit kepala ke akar. Kucai digunakan dalam beberapa produk perawatan rambut, kerana dikenal untuk menghentikan rambut gugur.


daun lokio (lekiu) atau bawang batak
taugeh
cili api @ cili padi
daun cekur


Cekur adalah daripada keluarga herba dari spesis kaemferia galanga.  Daunnya enak dimakan sebagai ulam tetapi lebih popular sebagaisalah satu ramuan masakan kari atau bahan dalam urap. Ia juga dikatan berkhasiat untuk menjadi penawar sakit kancing gigi (tetanus), sakit kepala (migraine),  keracunan makanan, ulser mulut, barah, selsema dan batuk.


bunga kantan
terung pipit

Terong pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya adalah Antilles. Biasanya dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Daripada kajian, terong pipit mengandungi dua peratus protein, 0.1 peratus lemak, 7.9 peratus karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi,


brokoli

Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang kerap menyerang kaum wanita pada usia 35 hingga 50 tahun. Tanda paling ketara wujudnya penyakit itu ialah sakit kaki dan belakang kerana kekuatan tulang di bahagian berkenaan merosot di bawah tahap yang sewajarnya. Amalan mempertingkatkan kalsium dan mengurangkan protein dan fosforus adalah di antara petua-petua untuk menghindar, mengawal atau mengubati osteoporosis. Pengambilan makanan yang kaya dengan protein boleh menyebabkan tubuh kehilangan zat-zat galian, terutamanya kalsium yang penting untuk pembinaan tulang. 

Lantaran itu brokoli sejenis sayuran berdaun amat sesuai untuk menghindari penyakit ini kerana kandungan vitamin Knya yang dapat mengurangkan kehilangan kalsium, di samping membantu tubuh badan menyerapnya dengan lebih berkesan.


Selain buahnya yang mengandungi banyak khasiat, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak pada kulit kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat berkesan untuk meredakan sakit perut.


banyak vitamin A dan C serta sedikit vitamin B1. Menariknya, terong pipit juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84 peratus. Steroid amat penting dalam perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga.


haid yang terlewat selain untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh, misalnya rasa panas radang. Kini penggunaan peria semakin meluas. Di Asia tenggara, Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukaemia, HIV dan AIDS.


Kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dan anti virus. Pemakanannya boleh meransangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan manakala minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi.

1 comment:

  1. Assalamualaikum slm sejahtera kepada warga group yang ada penyakit kencing manis!!. Jom viralkan berita baik ni Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubatan.

    Bantu kwn2 kita, saudara mara,jiran2 smua. Rawat terus kencing manis!

    Ini 1 penemuan herba utk rawat kencing manis dgn bacaan gula xkira betapa tggi pun.

    Herba yg di proses menjadi jus untuk pesakit kencing manis menurun kan bcaan gula yang amat tinggi

    -Kaki luka bernanah
    -Badan letih dan lemah akibat kencing manis
    -Paling penting dapat lindungi buah pinggang
    -Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum

    🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat ,cara alami tanpa kandungan bahan kimia yg boleh bgi kesan yang tidak baik.

    Gula turun dengan cepat selpas hanya dua jam meminum herba ni dan rasa tidak pahit

    Stabil kan gula kembali..paling penting dapat merawat buah pinggang!

    iNi bkn jus buah buahan campuran biasa2 yg kat luar jual ni..😆
    Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.

    Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte trun kan kencing manis sekelip mata!💪🏻


    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa Herba ni fresh2 di proses tiada perap simpan lama2.. boleh diambil sebagai suplement utk penyakit2 lain juga.

    Call & whats app sekarang! Nk tanya je dlu blh jgn malu.

    0174687570
    0174687570
    En mohd zuhairi

    #sharing is caring

    ReplyDelete