Monday, February 23, 2015

M 096 TALAK DAN PERCERAIAN


PERCERIAN DALAM ISLAM

Aku pernah menulis tajuk mengenai 'Syariat Perkahwinan' (sila baca Tajuk 168) yang menjelaskan konsep dan hukum-hakam berkaitan perkahwinan dalam islam.  Lawan kepada satu ikatan perkahwinan adalah 'perceraian'.  CERAI adalah satu perkataan yang amat ditakuti dalam satu-satu perkahwinan.  Bukan sahaja pasangan suami-isteri, kedua ibu bapa, saudara-mara atau sahabat-handai sahaja yang tidak ingin mendengar berita perceraian.  Allah dan rasulnya juga bencikan perceraian.

Dalam masyarakat Melayu Malaysia, waktu sebelum tahun 1980an, banyak perkahwinan yang diaturkan oleh ibu bapa.  Anak-anak gadis waktu itu dilatih supaya patuh kepada kedua ibu bapa.  Banyak perkahwinan di kalangan masyarakat kampung adalah berpusing di kalangan saudara mara atau warga sekampung.  Sebab itu, masa dulu, dalam sebuah kampung, boleh dikatakan hampir semuanya mempunyai hubungan keluarga.  Ini menyumbang kepada kekuatan hubungan kemasyarakatan di kalangan penduduk kampung.

Apabila anak-anak muda mula keluar dari kampung untuk mencari pekerjaan, mereka mula mengahwini anak-anak dari luar kampung, luar daerah malah luar negeri kelahiran.  Ini telah mengembangkan kekeluargaan dengan masyarakat luar.

Dulu, ada juga kes perkahwinan setelah berlaku kes-kes 'terbabas' seperti mengandung tanpa nikah atau setelah ditangkap 'khalwat' atau 'berzina', dalam masyarakat Melayu dipanggil 'tangkap basah'.  Tapi biarpun begitu, perkahwinan mereka banyak yang kekal.

Dulu, waktu aku kecil, jarang sangat kita dengan orang bercerai.  Memang berlaku, tetapi jarang. Berbanding dengan zaman sekarang, selepas tahun 90an di kalangan Generasi X dan Generasi Y yang terdedah dengan pelbagai kerenah keduniaan yang semakin mencabar.

Hari ini, perkahwinan bukan suatu sunnah atau ibadah, tetapi seperti satu permainan atau perjudian.  Banyak perceraian yang berlaku dalam masa yang singkat -kurang dari 5 tahun selepas tarikh perkahwinan.  Ini sungguh menyedihkan.

Banyak perkahwinan yang gagal dipertahankan kerana pelbagai punca atau sebab musabab:

  • Suami yang gagal memberi nafkah zahir kerana kaki judi, penagih dadah dan sebagainya.
  • Suami lemah batin - gagal memberi nafkah batin (ini selalunya mengambil masa yang lama kerana isteri akan cuba merahsiakan kelemahan suaminya dan memberi peluang kepada suami untuk berubat)
  • Isteri tidak tahan dengan berperangai suami yang buruk seperti kaki botol, kaki perempuan, suka mendera atau memukul isteri dan sebagainya.
  • Isteri curang dengan lelaki lain atau isteri tidak lagi ingin melayani suami atau melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri.
  • Perbezaan pendapat atau gaya hidup yang berterusan dan sukar menemui penyesuaian (punca ini ada yang bercerai secara baik dan ada juga yang bercerai setelah selalu sangat berperang).
  • Isteri tidak rela dimadukan apabila suami ingin berkahwin lain.
  • Campurtangan ibu bapa dalah kehidupan rumahtangga.
  • Suami atau isteri hilang dari rumahdan tiada khabar berita selama bertahun-tahun.
...perkahwinan adalah satu sunnah dan ibadah, bukan satu perjudian.
...pernikahan adalah satu amanah, bukan semata-mata untuk menghalalkan persetubuhan.

Terdapat satu Hadith yang bermaksud:

"dari Umar (ra), ia berkata bahawa Rasulullah (saw) bersabda: "sesuatu yang Halal tetapi dibenci oleh Allah (swt) adalah perceraian (hadith riwayat: Abu Daud dan Hakim).


x
(maksudnya: perjanjian yang kukuh)


Di saat kita dinikahkan maka pada saat itu Allah SWT. telah menciptakan  di antara keduanya yaitu sebuah ikatan yang kuat dalam perjanjian yang kukuh.


Allah secara istimewa menempatkan  (perjanjian yang kukuh) pada tiga tempat dalam al-Qur’an:


Perjanjian yang kukuh antara Allah dan para nabi Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu (sendiri) dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putra Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh.” [Q.S. al-Ahzab 33:7]

Perjanjian yang kukuh ketika Allah meminta Bani Israil untuk bersumpah setia kepada-Nya:Dan telah Kami angkat ke atas (kepala) mereka bukit Thursina untuk (menerima) perjanjian (yang telah Kami ambil dari) mereka. Dan kami perintahkan kepada mereka: “Masuklah pintu gerbang itu sambil bersujud”, dan Kami perintahkan (pula) kepada mereka: “Janganlah kamu melanggar peraturan mengenai hari Sabtu”, dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang kukuh. [Q.S. an-Nisaa' 4:154]


Perjanjian yang kukuh dalam Pernikahan:”…dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.” [Q.S. an-Nisaa' 4:21]

Ketiga ayat ini sebenarnya merupakan pesan bahwa dalam pernikahan itu kita bisa menjaga utuh ikatan perjanjian kokoh tersebut, maka kita termasuk golongannya yang dicintainya sebagaimana para nabi yang tetap teguh menjaga mitsaqan ghalizha dengan Allah.

Sedangkan bila kita meruntuhkan ikatan perjanjian kokoh tersebut berarti tak ubahnya seperti Bani Israil… naudzubillahimindzalik.

Allah yang menciptakan ikatan perjanjian kokoh pernikahan, maka Allah pula yang lebih patut untuk memutuskannya. Lalu mengapa kita tega untuk melakukan hal yang menghancurkan apa yang telah dibangunkan Allah dalam pernikahan tersebut?

Inilah salah satu dari maksud mengapa Allah membenci perceraian sekalipun halal karena di situ kita telah melakukan perbuatan yang bertentangan dengan apa yang dicintai Allah yaitu agar kita tetap berjuang untuk mempertahankan Mitsaqan Ghalizha pernikahan.

Sungguh amat menyedihkan kepada pasangan yang mengambil ringan membawa nama Allah hanya untuk agar ia tidak dipersalahkan atas keputusan untuk bercerai yang mereka ambil (bahawa Allah menghalalkannya).

Sesungguhnya perceraian bukanlah satu alternatif penyelesaian masalah kerana ia dibenci oleh Allah swt.

Maka marilah kita kita membuka mata dan merenungkannya dengan pikiran yang jernih mengapa perceraian dibenci oleh Allah. Tak lain karena perceraian pada hakikatnya bukanlah penyelesaian untuk mengatasi masalah, melainkan cara untuk melarikan diri dari masalah. 

Padahal Allah lebih mencintai orang-orang yang tekun dan sabar dalam perjuangannya sebagaimana firman-Nya yang bererti:

dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. [Q.S. an-Nisaa' 4:19]

Kalaulah surga yang menjadi tujuan kita, seberat apa pun perjuangan dan pengorbanan yang harus dilakukan, kita akan tetap berupaya mempertahankan keutuhan pernikahan. Bahkan, pernikahan yang di dalamnya penuh dengan onak dan duri, bila disikapi dengan positif, merupakan “jalan pintas” yang disediakan Allah untuk memperoleh surga-Nya.


Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang dilaknat oleh Islam tetapi diharuskan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak
Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga. Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi dibenarkan.
Hukum Talak
Wajib, jika:
a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi
b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka
c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik
d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami

Haram, jika:
a) Menceraikan isteri ketika sedang  haid atau nifas. 
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya
d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih

Sunat, jika:
a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya
b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya

Makruh, jika: Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama
Harus, jika: Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya
Rukun Talak
Suami: 
  • Berakal, baligh dan dengan kerelaan sendiri
  • Isteri: Akad nikah sah dan belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya
  • Lafaz: Ucapan yang jelas menyatakan penceraiannya dan dengan sengaja dan bukan paksaaan
Contoh lafaz talak
Talak sarih.  Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talak awak” atau “Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan sebagainya.
Talak kinayah. Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah awak ke rumah mak awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan sebagainya. Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika berniat talak, maka jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak.
Jenis Talak
Talak Raj’i: Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.
Talak Ba’in: Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya.
Talak Sunni: Suami melafazkan talak kepada isterinya yang masih suci dan tidak disetubuhinya ketika dalam tempoh suci.
Talak Bid’i: Suami melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam haid atau ketika suci yang disetubuhinya.
Talak Taklik: Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.
Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka jatuhlah talak satu.” Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik.
Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.”
Ia juga boleh berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai tebus talak tersebut.”
Fasakh
Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula, pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya. Fasakh hanya boleh dituntut oleh isteri sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan yang terdapat pada pihak suaminya. Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejab); penyakit kusta; penyakit sopak; penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan; suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian, memberi maharr dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau sebagainya; suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama dan tidak memberi khabar berita; suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya; suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah; dan murtad salah seorang (suami atau isteri).
Cara melakukan Fasakh
Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang megharuskan fasakh
Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka
Jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya. Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.
Khuluk atau tebus talak
Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan lafaz talak atau khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan mereka jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah membayar sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan suaminya, maka suaminya hendaklah menceraikan isterinya dngan jumlah atau harta yang ditentukan.
Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 : “Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan.
Talak boleh jatuh dengan menyebut “Saya menceraikan kamu dengan bayaran RM 10,000,” dan isterinya menjawab, “Saya menerimanya.” Apabila suami melafazkan demikian, dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta-merta jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami isteri hanya boleh merujuk dengan akad nikah baru sahaja.
Tujuan khuluk
Memelihara hak wanita
Menolak bahaya kemudaratan yang menimpanya
Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan mahkamah.
Rujuk
Menurut bahasa rujuk boleh didefinisikan sebagai kembali. Manakala menurut syarak, ia membawa maksud suami kembali semula kepada isterinya yang diceraikan dengan ikatan pernikahan asal (dalam masa idah) dengan lafaz rujuk.
Hukum Rujuk
Wajib, jika Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan gilirannya dari isteri-isterinya yang lain
Haram, jika Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau memudaratkan isterinya itu
Makruh, jika: Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri
Harus, jika: Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama
Rukun Rujuk
  • Suami: Berakal, Baligh dan Dengan kerelaan sendiri:
  • Isteri: Telah disetubuhi, Berkeadaan talak raj’i, Bukan dengan talak tiga, Bukan cerai secara khuluk dan Masih dalam idah.
  • Lafaz: Ucapan yang jelas menyatakan rujuk, Tiada disyaratkan dengan khiar atau pilihan, Disegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyarat
Dengan sengaja dan bukan paksaan
Contoh lafaz rujuk
Lafaz sarih: Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk. Contoh : “Saya rujuk awak kembali” atau “Saya kembali semula awak sebagai isteri saya.”
Lafaz kinayah: Lafaz kiasan atau sindiran. Contoh : “Saya jadikan awak milik saya semula” atau “Saya pegang awak semula”. Lafaz kinayah perlu dengan niat suami untuk merujuk kerana jika dengan niat rujuk, maka jadilah rujuk. Namun jika tiada niat rujuk, maka tidak sahlah rujuknya.
.

Analisis Peribadi:

Mengikut pandangan peribadiku, kumpulan masyarakat atau kerjaya yang memiliki peratus perceraian yang paling tinggi ialah 'artis' khususnya penyanyi atau pelakun.  Dari kalangan artis, aku salute dengan pasangan Datuk A.Rahman Hassan dan Azizah Muhammad, pasangan Datuk Mustaffa Maaruf dan allahyarham Roseyatimah, pasangan allahyarham Hussein Abu Hassan dan Mahyun Ismail, pasangan M.Osman dan Afidah S dan beberapa orang lagi.

Beberapa tahun kebelakangan ini, publisiti perkahwinan artis dibuat bagai nak rak, bukan sahaja nak menunjuk-nunjuk jumlah hantaran yang hingga ke 6 angka, atau angka-angka hantaran yang pelik-pelik, nak tunjuk nikah di Makkah la, honeymoon buat umrah la macam-macam lagi...tapi tak dan 3 ke 4 tahun rumahtangga hancur lebur. Apa pun alasan, aku rasa, Allah tak memberi keberkatan kepada perkahwinan yang disertai dengan riak, takbur dan macam-macam lagi.

Yang aku geli geleman bagai nak tercekik tali perut ialah, ada juga host program TV (program ugama pulak tu), yang menjemput pasangan artis yang baru setahun dua kahwin untuk bercakap tentang kebahagiaan rumah tangga, kononya mereka model pasangan bahagia, dengan penuh konifiden memberikan formula kebahagiaan dalam perkahwinan! PiiiiiiiiiiiRah.....

Seminggu lepas tu, semua peroi...tup tup keluar paper dah berpisah.... ik ilihhhhhhh....  yang paling elok dijadikan contoh ialah pasangan 'Sehati Berdansa'.  Antara yang gagal mempertahankan perjanjian.........



Awie (1) dan Arni Naziera


Awie (2) dan Rozana Misbun


Abby (1) dan Norman (1)

 
Yusry (1) dan Erra (1)


pasangan erra (2) dan engku emran

steven david shorthose & maya karin

pasangan anne ngasri & wafi

 
nurul & ajai

siti saidah

 
sein dan nana

nora danish

nash dan arwah Datuk Sosilawati

rita rudaini

  
aida dan joe razwill


Raja Azura


aziz m. osman (1) & nur aliah lee


aziz (2) & nor radhiah!


a c mizal & shafinie


siti nordiana & faizal (aruah)


wan sharmila


sarimah ibrahim


sazlin & radhi  OAG


atilia


sabrina


emma akma


Liza Abdullah

nadia dan shahrul anuar


akil hayy & maizawati

 
mazwin hamzah... dan.....azrinaz mazhar hakim


fiza elite


aishah & faizal


ngasrizal (bel) & nurfarhana


roslin hashim & faizah


roslin dan norhayati


Adam dan Fiza


Fadilah Mansor dan Mat London


Ieda Moin


Datuk Eizlan Yusof


Abby Abadi (2)





ini bukan satu penghinaan tetapi satu pembelajaran untuk semua...
janganlah, mentang-mentang cerai itu 'halal' ia boleh diambil mudah dan dibuat main-main, hanya dengan alasan yang paling mudah, tiada kesesuaian.

No comments:

Post a Comment