Wednesday, February 11, 2015

079 PENDUDUK MALAYSIA 2010


PENDUDUK MALAYSIA 2010

Pada hari Rabu 22 Disember 2010.  Jabatan Perangkaan Malaysia. telah mengeluarkan keputusan awal/permulaan bancian penduduk dan perumahan Malaysia 2010. Ia merangkumi maklumat awalan bilangan penduduk, isi rumah dan tempat kediaman bagi Malaysia mengikut negeri dan daerah pentadbiran.


Keputusan permulaan adalah seperti berikut:

Penyataan
Skop
Jumlah Angka
Peratusan
Nisbah
Bilangan
Penduduk
Seluruh
Malaysia
27,565,821
2.17%
Jantina (Seluruh Malaysia)
Lelaki
14,112,667
105
Wanita
13,453,154
100
Isi Rumah
Seluruh
Malaysia
6,396,174
Tempat
Kediaman
Seluruh
Malaysia
7,380,865
Negeri
penduduk
tertinggi
Selangor
5,411,324
19.63% daripada keseluruhan
penduduk di Malaysia

Purata peratusan kadar pertumbuhan penduduk tahunan di seluruh Malaysia telah menurun kepada 2.17% dalam tempoh 2000–2010 berbanding dengan 2.60% bagi 1991-2000 dan 2.64% bagi 1980-1991.


 RINGKASAN LAPORAN 
DIKELUARKAN OLEH JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA


1. PENDAHULUAN


Banci 2010 merupakan banci kelima dijalankan bagi Malaysia. Banci terdahulu telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Banci 2010 merupakan projek statistik yang besar telah dijalankan bagi menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara.

Maklumat yang diperoleh daripada banci ini adalah pelbagai dan komprehensif. Justeru itu, ia mengambil masa yang panjang dan penelitian yang rapi untuk memproses data muktamad demi menjamin kualitinya. Maka, untuk mendapat gambaran ringkas mengenai bilangan penduduk Malaysia pada tahun 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia menerbitkan Laporan Kiraan Permulaan 2010.

2. RINGKASAN PENEMUAN

Laporan Kiraan Permulaan Banci 2010 mengandungi maklumat awalan bilangan penduduk, isi rumah dan tempat kediaman bagi Malaysia mengikut negeri dan daerah pentadbiran.
Laporan kiraan permulaan ini menunjukkan bahawa jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 27,565,821 orang iaitu terdiri daripada 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan. Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000–2010 ialah 2.17%. Semasa tempoh pembancian, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh Malaysia.

3. KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK

Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan di seluruh Malaysia telah menurun kepada 2.17% dalam tempoh 2000–2010 berbanding dengan 2.60% bagi 1991-2000 dan 2.64% bagi 1980-1991.

4. TABURAN NEGERI

Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi di Malaysia iaitu seramai 5,411,324 orang; 19.63 peratus daripada jumlah penduduk negara. Negeri yang mengalami pertumbuhan penduduk yang paling pesat bagi tempoh 2000–2010 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (17.77%), diikuti oleh Selangor (3.17%). Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Pahang didapati mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang semakin menurun dalam tempoh 1980–2010. Antara negeri lain yang juga mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang menurun adalah Johor, Kedah, Negeri Sembilan dan Terengganu. Melaka mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk yang semakin meningkat sejak tahun 1980 sehingga 2010.

5. NISBAH JANTINA

Nisbah jantina bagi Malaysia pada keseluruhannya menunjukkan terdapat 105 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Antara negeri yang menunjukkan trend nisbah jantina yang lebih tinggi daripada nisbah nasional ialah Johor (112), Pahang (111), Negeri Sembilan (107) dan Sabah (106). Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan nisbah jantina yang terendah iaitu 88 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

6. PURATA SAIZ ISI RUMAH

Purata saiz isi rumah pada Banci 2010 menunjukkan trend yang semakin mengecil; dengan bilangan purata sebanyak 4.31 berbanding dengan 4.62 pada Banci 2000. Sabah, Kelantan dan Terengganu merekodkan saiz isi rumah yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain; masing-masing mencatatkan purata 5.88, 4.86 dan 4.78.

 JADUALPERKEMBANGAN PENDUDUK MALAYSIA (1980-2010) 
 MENGIKUT NEGERI 

 Negeri
1980
1991
2000
2010
MALAYSIA
13,136,109
17,563,420
22,198,276
27,565,821
Johor
1,580,423
2,069,740
2,584,997
3,233,434
Kedah
1,077,815
1,302,241
1,571,077
1,890,098
Kelantan
859,270
1,181,315
1,287,367
1,459,994
Melaka
446,769
506,321
605,239
788,706
N. Sembilan
551,442
692,897
829,774
997,071
Pahang
768,801
1,045,003
1,229,104
1,443,365
Perak
1,743,655
1,877,471
1,973,368
2,258,428
Perlis
144,782
183,824
198,288
227,025
Pulau Pinang
900,772
1,064,166
1,231,209
1,520,143
Sabah
929,299
1,734,685
2,468,246
3,120,040
Sarawak
1,235,553
1,642,771
2,009,893
2,420,009
Selangor
1,426,250
2,291,429
3,941,316
5,411,324
Terengganu
525,255
766,244
880,234
1,015,776
WPKL
919,610
1,145,342
1,305,792
1,627,172
WP Labuan
26,413
54,241
70,871
85,272
WP Putrajaya
-
5,730
11,501
67,964



Penduduk Malaysia Kini 28.3 juta

PUTRAJAYA: Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita, demikian menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14.56 juta orang dan wanita 13.77 juta orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu, yang turut dihadiri Ketua Perangkawan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof. Nor Mohamed berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan pula ialah sebanyak 2 peratus untuk tempoh 2000 hingga 2010, menurun berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991 hingga 2000. 

"Tidak seperti laporan terdahulu di mana ia telah memuatkan data awalan banci, laporan kali ini memuatkan data muktamad yang telah mengambil kira ralat liputan dan ralat kandungan yang diperoleh daripada Penyiasatan Penilian Liputan Banci," katanya.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara. Banci sebelum ini telah dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Nor Mohamed berkata Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi di Malaysia dengan 5.46 juta diikuti Johor (3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta) manakala negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 72,413 orang dan Wilayah Persekutuan Labuan (86,908).

Beliau berkata negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi pula ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 6,891 orang diikuti Pulau Pinang (1,490) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,478).
Katanya seiring dengan perkembangan pembangunan negara, perkadaran penduduk bandar meningkat kepada 71 peratus pada 2010 berbanding 62 peratus pada 2000.

Beliau berkata selain daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan paras urbanisasi 100 peratus, negeri lain yang mencatatkan paras urbanisasi yang tinggi ialah Selangor dan Pulau Pinang, masing-masing 91.4 dan 90.8 peratus.

Negeri yang mencatatkan paras urbanisasi yang rendah pula ialah Kelantan sebanyak 42.4 peratus, Pahang (50.5 peratus) dan Perlis (51.4), katanya.
Nor Mohamed berkata daripada 28.3 juta penduduk Malaysia yang terdiri daripada 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara, kumpulan etnik yang terbesar ialah bumiputera iaitu 67.4 peratus, Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7).

Di kalangan warganegara Malaysia, katanya, Melayu adalah etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus manakala Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat di Sarawak sementara Kadazan/Dusun merekodkan 24.5 peratus di Sabah. - BERNAMA (Berita Harian Online: 27 Feb 2013)

No comments:

Post a Comment