Sunday, February 8, 2015

060 ILMU AGAMA: JENIS-JENIS HADITH


 ILMU HADITH  
.


Hadith atau hadis (Bahasa Arab  "الحديث" mufrad, ahādīth "أحاديث" jamak); adalah laporan perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w. adalah sumber rujukan kedua selepas alQur'an.

Contoh-Contoh Sunnah

Perkataan (Qauliyyah)
Setiap perkataan yang diucapkan oleh Rasul s.a.w. seperti hadis berikut :
"Sesungguhnya setiap amalan itu dikira dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu mengikut apa yang diniatkannya" (Hadis Riwayat Bukhari).
.
Kitab Hadis

Ada ramai ulama periwayat hadis, namun yang sering digunakan dalam fiqh Islam ada tujuh iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tarmidzi, Imam Ahmad, Imam Nasa'ai dan Imam Ibn Majah. 

Ada beberapa buah kitab Hadis yg lebih diakui oleh umat Islam seluruh dunia. Enam kitab pertama di bawah ini dikenali sebagai enam Kitab hadis yang utama:
  1. Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Bukhari atau nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Ismail
  2. Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Muslim atau nama sebenarnya Muslim bin al-Hajjaj al-nasaburi
  3. Kitab Sunan an-Nasai - karya Imam Nasa'i atau nama sebenar beliau adalah Abu Abdul Rahman bin Shuib
  4. Kitab Sunan Abi Daud - karya Imam Abu Daud atau nama sebenar beliau adalah Abu Daud Sulaiman.
  5. Kitab Sunan at-Tirmizi (al Jami' as-Sahih) - karya Imam Tarmizi atau nama sebenar beliau adalah Abu Isa Muhammad bin Ishak Asalmi
  6. Kitab Sunan Ibnu Majah - karya Imam Ibn Majah atau nama sebenar beliau adalah Abu Abdullah Muhammad bin Yazid al-Quzwini
  7. Kitab Musnad - karya Imam Ahmad.  
Kedudukan Hadis di dalam Islam

Kedudukan hadith dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat penegasan yang banyak di dalam al Quran tentang hadith – di dalam al Quran disebut sebagai al Sunnah – malahan dalam banyak tempat hadith disebutkan selari dengan al Kitab ataupun al Quran. Di dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah saw yang disebutkan bersama dengan ketaataan kepada Allah. Ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam al Quran di dalam firman Allah seperti;
  • Maksudnya ; “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” (surah al Anfāl : ayat 1)
  • Maksudnya ; “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka” (surah al Ahzāb : ayat 36)
  • Maksudnya ; “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” (surah al Hasyr : ayat 7).
Dengan penegasan al Quran di atas, jelaslah bahawa hadith tidak dapat dipisahkan penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al Quran.
Sesetengah pengarang menyebutkan mengenai 5 fungsi hadith yang utama – dalam sesetengah buku cuma disebut 4 – iaitu ;
  1. Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran seperti dalam perkara pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji.
  2. Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum seperti memperjelaskan mengenai cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, menunaikan zakat dan haji dan sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al Quran.
  3. Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.
  4. Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah ahl al Ra’y berpandangan bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatîr, Masyhûr ataupun Mustafhîdh.
Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah dimansukhkan.
Dalam menentukan fungsi-fungsi bagi hadith ini, para ulama bersepakat dalam menentukan fungsi pertama dan kedua tetapi mereka masih berselisih dalam menentukan fungsi ketiga, keempat dan kelima. Menurut ulama Hanafiyyah, hadith-hadith Mutawatîr dan Masyhûr boleh menasakhkan hukum al Quran manakala Imam Syafie sendiri menolak penasakhan itu.

Di dalam bidang ibadat, hadith memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadat dengan lebih jelas. Tambahan pula, hadith juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.

Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan hukuman-hukuman dan undang-undang yang terdapat di dalam al Quran seperti hukuman terhadap penzina. Hadith juga berbicara meliputi soal-soal yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Hadith juga menerangkan mengenai hal-hal mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan seperti soal nikah, cerai dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus tentang larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok barang dagangan dan perkara-perkara ini diterangkan di dalam hadith.

Mengenai ilmu pengetahuan pula, tidak sedikit ilmu yang boleh kita korek dari hadith bagaikan satu dasar yang tidak diketahui kedalamannya sama ada ilmu sejarah – sejarah penciptaan alam dan bangsa-bangsa terdahulu -, ilmu nasab, ilmu sosiologi, bahasa, sastera, budaya dan banyak lagi. Tambahan pula, hadith juga menggalakkan manusia agar berusaha menuntut ilmu dan memperbaiki diri. Manakala dalam soal pembentukan akhlak pula, maka sememangnya pengutusan Rasulullah saw itu sendiri adalah untuk membentuk akhlak yang mulia.
.
Pada awal perkembangan Islam Al-Hadis telah diriwayatkan secara lisan/ingatan, dan selepas kira-kira 100 tahun kemudian ianya dikumpulkan dan dibukukan oleh para penyelidik Hadis. Hasil daripada pengumpulan tersebut. Hadis terbahagi pula beberapa bahagian mengikut riwayat/periwayatnya:

1. Hadis Mutawatir

Hadis yang diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai meyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta tentangnya.

Hadis Mutawatir, yaitu hadis yang memiliki banyak sanad dan mustahil perawinya berdusta atas Nabi Muhammad saw., sebab hadis itu diriwayatkan oleh banyak orang dan disampaikan kepada banyak orang. Contohnya, ((Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka. " (H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim).

Menurut para ulama hadis, hadis tersebut di atas diriwayatkan oleh lebih dari seratus orang sahabat Nabi dengan seratus sanad yang berlainan. Oleh sebab itu jumlah hadis Mutawatir tidak banyak. 

Hadis Mutawatir terbagi dua: 
  1. Mutawatir Lafzi, yakni perkataan Nabi
  2. Mutawatir Amali, yakni perbuatan Nabi.
2. Hadis Mashyur

Hadis utama yang diriwayatkan dari berbilang periwayat Al-Hadis.iaitu sekurang-kurangnya tiga sanad (jalan kepunca Al-Hadis) atau dari tiga periwayat Hadis yang berbeza.

Hadis Masyhur, yaitu hadis yang diriwayatkan dari tiga sanad yang berlainan. Contohnya, Orang Islam ialah orang-orang yang tidak mengganggu orang Islam lainnya dengan lidah dan tan¬gannya." (H.R Bukhari, Muslim, dan Tirmizi).

Sanad Bukhari, yaitu Bukhari dari Adam, dari Syubah, dari Abdullah bin Abu Safar, dari As Syabi, dari Abdullah bin Amir,. dari Nabi Muhammad saw.

Sanad Muslim, yaitu Muslim dari Sa'id, dari Yahya, dari Abu Burdah, dari Abu Musa, dari Nabi Muhammad Saw. 

Sanad Tirmizi, yaitu Tirmizi dari Qutaidah, dari Al Lais, dari AI Qa'qa, dari Abu Salih, dari Abu Hurairah, dari Nabi saw.

3. Hadis Sahih

Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat berikut:

  1. Adil.
  2. Kuat Ingatannya.
  3. Sejahtera dari keganjilan dan
  4. Sejahtera dari Kecederaan yang memburukkan.
Hadis Shahih, yaitu hadis yang cukup sanadnya dari awal sampai akhir dan oleh orang-
orang yang sempurna hafalannya. 

Syarat hadis sahih, iaitu: 

  1. sanadnya hams bersambung, 
  2. perawinya sudah baligh
  3. berakal 
  4. tidak mengerjakan dosa 
  5. sempurna hafalannya
  6. perawi yang ada dalam sanad itu hams adil dan hadis yang diriwayatkannya tidak bertentangan dengan hadis Mutawatir atau dengan ayat Al Quran. 
Hadis Shahih terbagi menjadi dua:
  1. Shahih Lizatihi, yakni hadis yang sahih dengan sendirinya tanpa diperkuat dengan keterangan lain. Contoh, "Tangan di atas {memberi} lebih baik dari tangan di bawah {menerima}." (H.R Bukhari dan Muslim). 
  2. Shahih Lighairihi, yakni hadis yang shahihnya karena diperkuat dengan keterangan lain. Contohnya, "Kalau sekiranya tidak terlalu menyusahkan umatku untuk mengerjakannya, maka aku perintahkan mereka bersugi {siwak} setiap akan shalat. " (H.R Hasan).
.
Dilihat dari sanadnya, semata-mata hadis Hasan Lizatihi, namun karena dikuatkan oleh riwayat
Bukhari, maka jadilah ia shahih lighairihi.

4. Hadis Hasan


Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Al-Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.

Hadis Hasan, adalah hadis yang dari segi hafalannya kurang dari hadis shahih. Hadis Hasan dibagi dua:
  1. Hasan Lizatihi, yakni hadis yang dengan sendirinya dikata¬kan Hasan, Hadis ini ada yang sampai tingkat shahih lighairihi. 
  2. Hasan Lighairihi, yakni hadis yang Hasannya dibantu keter¬angan lain. Contohnya, "Sembelihan bagi bayi hewanyang ada dalam perut ibunya {janin} cukuPlah dengan sembeli¬han ibunya saja." (H.R beberapa Imam, antara lain Tirmizi, Hakim dan Darimi).
Hadis di atas jika kita ambil dari sanad Imam Darimi, ialah Darimi menerima dari 1) Ishak bin Ibrahim, dari 2) Itab bin Basir, dari 3) Ubaidillah bin Abu Ziyad, dari 4) Abu Zubair, dari 5) Jabir, dari Nabi saw. Nama yang tercela dalam sanad di atas ialah nomor 3 (Ubaidillah bin Abu Ziyad) sebab ia bukan seorang yang kuat dan teguh menurut Abu Yatim.

5.  Hadis Shalih

Hadith Shalih adalah hadis yang setingkat di bawah hadis Hasan, namun tidak terlalu lemah. Contohnya, "Barang siapa yang menyembunyikan ilmu yang diketahuinya, maka ia akan dikekang dengan api neraka pada hari kiamat." (H.R. Ibnu Majah) Menurut Tarmizi, itulah hadis Hasan Shalih.


6.  Hadis Dho'if



Hadis yang tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat  Hadis Sahih atau Hasan.

Hadis Dha'if, adalah hadis yang tidak bersambung sanadnya, atau di antara sanadnya ada orang yang cacat. Cacat yang dimaksud, rawinya bukan orang Islam, atau belum baligh, atau tidak dikenal orang, atau pelupa/pendusta/fasik dan suka berbuat dosa. 

Contohnya, "Barangsiapa yang berkata kepada orang miskin, 'bergembiralah', maka wajib baginya surga." (H.R. Ibnu 'Adi). Di antara perawi hadis tersebut ialah Abdu Mali bin Harun. Menurut Imam Yahya, ia pendusta, sedangkan Ibnu Hiban memvonisnya sebagai pemalsu hadis.


7. Hadis Marfu’



Hadis yang diriwayatkan bersandarkan kepada keinginan Nabi saw sendiri, sama ada ucapan, perbuatan atau pun takrirnya.

Hadis Marfu', adalah hadis yang harus diselidiki lebih dulu dalam kitab-kitab hadis, apakah itu perkataan N abi atau Sahabat.


Contohnya, Ibnu Mas'ud berkata: "Rasulullah melaknati orang yang menghalalkan dan orang yang dihalalkan untuknya. " (H.R. Ahmad bin Hambal, Nasai, dan Tarmizi). Hadis tersebut berarti dari Sahabat, namun Ibnu Mas'ud menyandarkan kepada Nabi dengan kata "Rasulullah melaknati."



8.  Hadis Mauquf


Hadis Mauquf, adalah perkataan, perbuatan dan takrir sahabat , misalnya amanat Saiyidina Umar bin Khatthab. "Hendaklah kamu sekalian mengerjakan perintah Allah dan Rasul-Nya." Hadis Mauquf tidak boleh dijadikan dalil dalam agama. Merupakan kepatuhan atau perkataan sahabat sendiri yang diriwayatkan kepada kita.


9.  Hadis Mausul

Hadis Mausul adalah hadis yang dalam meriwayatkannya, para perawi selalu berkata, "Alm dengar si A berkata," dan si A pun mengatakan: "Aku dengar si B berkata," demikian seterusnya sampai kepada Sahabat dan Nabi. Contohnya, "Sesuatu yang halal tetapi dibenci Allah, yakni talak." (H.R Bukhari) dari Abu Musa, sedangkan Abu Musa berkata, "Aku dengan Nabi berkata ... ".

10. Hadis Mu'adhdhal

Hadis Mu’addhal adalah hadis yang dua orang atau lebih dari perawinya setelah Sahabat (dua orang atau lebih secara berurutan yang menerima dari Sahabat) tidak disebutkan namanya.


11.  Hadis Mursal



Hadis Mursal, adalah hadis yang diriwayatkan oleh Tabi'in dengan menyebutkan bahwa ia menerimanya dari Nabi. Padahal Tabi'in tidaklah mungkin bertemu dengan Nabi. Ia merupakan perkataan yang diucapkan oleh tabi'ie (mereka yang tidak pernah bertemu Nabi saw) secara langsung atau terus kepada Nabi saw dengan tidak melalui perantaraan sahabat.



12.  Hadis Muttasil


Hadis yang berhubung/bersambung sanadnya dan setiap mereka yang meriwayatkannya mendengar terus dari orang yang meriwayatkan kepadanya sehingga sampai kepada Nabi saw atau kepada para sahabat.

13. Hadis Mahfuz

Hadis yang terpelihara, iaitu mereka yang meriwayatkan Al-Hadis tersebut, adalah mereka mempunyai kepercayaan yang tidak bertentangan kepercayaan dengan kepercayaan terhadap gulungan lainnya (tidak ada kepentingan peribadi).

14. Hadis Jaiyid

Hadis yang dikatakan baik dan Sahih oleh ahli atau para penyelidik Al-Hadis.

15. Hadis Mujawwad dan Tsabit

Merupakan nama lain bagi Al-Hadis Sahih dan Hasan.

16. Hadis Maudhu'

Hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan mendustakannya dari Nabi saw pada halnya nyata tidak. Juga dikenali sebagai Hadis Palsu.(Diriwayatkan berdasar kepentingan tertentu).

17. Hadis Mudha’af       

Hadis Mudha'af, adalah hadis yang lemah matan dan sanadnya. Contohnya, "Asal setiap penyakit adalah dingin." (H.R. Anas dengan sanad yang lemah).

18. Hadis Musnad

Hadis Musnad adalah hadis yang sanadnya bersambung kepada Nabi atau sampai pad a sahabat saja. Akan tetapi perawinya orang yang tidak adil, pelupa, atau fasik. Contohnya, "Barang¬siapa mati karena mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid. " (H.R. Bukhari dan Muslim).

19.  Hadis Maqthu'

Hadis Maqthu’ adalah perkataan, perbuatan, dan takrirTabi'in.

Misalnya perkataan seorangTabi'in bernama A'masy, "Haji yang sempurna, adalah dengan mengendarai unta."

20.  Hadis Munqathi'

Hadis Munqathi’ adalah hadis yang salah seorang perawinya setelah Sahabat (orang yang menerima dari Sahabat) tidak disebutkan namanya.


RUJUKAN
http://www.scribd.com/doc/53707807/Jenis-Jenis-Hadis-Dan-Cara-Membezakannya
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hadis
http://anjungsrikandi.blogspot.com/2012/06/jenis-jenis-hadis.html
http://suhaimi-tajdidpemikiran.blogspot.com/2009/04/jenis-jenis-hadis.html
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=207018
.

No comments:

Post a Comment