Tuesday, February 3, 2015

M 041: SEMBILAN PERMAISURI RAJA-RAJA MELAYU

PERMAISURI

YANG SEMBILAN



Seperti yang dimaklumi, dalam negara Malaysia ada 9 buah negeri beraja, sama ada Sultan, Raja atau yang Di Pertuan Besar. Pada masa ini, isteri kepada Sultan/Raja/YDPB mempunyai gelaran rasmi yang bereza-beza. 

Negeri-negeri seperti Johor, Pahang, Kedah dan Terengganu menggunakan gelaran  SULTANAH. Negeri Perlis menggunakan gelaran RAJA PEREMPUAN. Negeri Perak menggunakan gelaran RAJA PERMASURI, manakala Negeri Sembilan menggunakan gelaran TUANKU AMPUAN BESAR.


Pada masa ini HANYA negeri Kelantan tidak mempunyai Permaisuri.  Bagaimanapun almarhum Sultan Selangor sebelum ini mengurniakan gelaran TENGKU AMPUAN kepada almarhum Tengku Rahimah tetapi kemudiannya mengurniakan gelaran TUANKU PERMAISURI kepada isterinya Siti Aishah.  Sultan Selangor yang baru bernikah pada 31 Ogos 2016 mengisytiharkan gelaran TENGKU PERMAISURI kepada isterinya Datin Paduka Seri Norashikin.

Mantan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra mengurniakan gelaran RAJA PEREMPUAN untuk isterinya Tengku Anis.


Bagaimanapun gelaran ini juga pernah berubah-ubah mengikut perkenan Sultan yang memerintah pada masa itu.  Sebagai contoh, Sultan Perak sebelum ini (almarhum Sultan Idris Shah Afifullah) dan kebanyakan Sultan-sultan sebelumnya mengurniakan gelaran RAJA PEREMPUAN untuk isterinya Raja Mazwin.  Tetapi, Sultan Perak selepas itu, Sultan Azlan Shah mengurniakan gelaran RAJA PERMAISURI kepada isterinya Tuanku Bainun dan diikuti oleh Sultan Perak sekarang.


Sultan Terengganu sebelum ini almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah (dan sultan-sultan sebelumnya) mengurniakan gelaran TENGKU AMPUAN BESAR kepada isterinya Tengku Bariah.  Sultan Terenggannu sekarang apabila ditabalkan pada tahun 1998 mengurniakan gelaran TUANKU PERMAISURI NUR ZAHIRAH kepada isterinya Puan Rozita tetapi pada tahun 2006 menukar gelaran tersebut kepada SULTANAH  NUR ZAHIRAH.


DYMM Sultan Pahang sekarang mengurniakan gelaran TENGKU AMPUAN kepada almarhum Tengku Afzan tetapi Sultan Ahmad Shah mengurniakan gelaran SULTANAH untuk isterinya Hajjah Kalsom.

DYMM Sultan Johor menggunakan gelaran PERMAISURI Johor kepada Tuanku Raja Zarith Sofiah. Sultan-Sultan Johor sebelum ini menggunakan gelaran SULTANAH kepada isteri-isteri di tahta baginda.

Pada hari ini, dari kalangan LAPAN permaisuri Raja-raja Melayu, hanya DUA orang sahaja yang merupakan anak (puteri gahara) kepada seorang Raja/Sultan iaitu Raja Zarith Sofia binti almarhum Sultan Idris Shah Afifullah, isteri kepada Sultan Johor; dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti almarhum Sultan Iskandar, isteri kepada Sultan Pahang.

Selain dari Raja Zarith Sofia, hanya TIGA orang sahaja yang dari kalangan Kerabat DiRaja, iaitu Raja Perempuan Perlis, Tengku Ampuan Besar Negeri Sembian dan Sultanah Kedah. Raja Perempuan Perlis dan Tengku Ampuan Besar NS adalah cucu kepada almarhum Sultan Sultan Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu. Manakala Sultanah Kedah adalah kerabat Diraja Kelantan.

Manakala isteri (Permaisuri/Sultanah) Perak, Terengganu dan Selangor adalah dari kalangan rakyat biasa. Manakala Sultanah Pahang adalah berasal dari Pakistan. 


DYMM SULTANAH TERENGGANU
TUANKU NUR ZAHIRAH DK DMN SSMT SSMZ


Sultanah Zahirah (nama asalnya Cik Puan Sri Rozita binti Adil Bakeri) dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 7 Dis 1973. Baginda dikahwini oleh Tuanku Sultan Terengganu pada 28 Mac 1996. Baginda menerima gelaran sebagai Permaisuri Nur Zahirah pada 19 Julai 1998 dan ditukar gelaran sebagai Sultanah Nur Zahirah pada 5 Jun 2006.


DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR
TUANKU NORASHIKIN BINTI ABDUL RAHMAN SPMS


Tengku Permaisuri Norashikin dilahirkan pada tahun 1971. Baginda dikahwini oleh DYMM Sultan Sarafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 menerima gelaran Permaisuri Selangor pada 8 September 2016.


Raja Perempuan Perlis.
DYMM RAJA PEREMPUAN PERLIS
TUANKU FAUZIAH BINTI TENGKU ABDUL RASHID DK DMN DK(Kelantan) DK(Pahang)SSPJ SPMP SPMJ


Tuanku Fauziah diputerikan di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Jun 1946. Baginda merupakan cucunda kepada almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu ke 13. Baginda dikahwini oleh Syed Sirajuddin Jamalullail pada 15 Feb 1967. Baginda menerima gelaran sebagai Raja Puan Muda Perlis pada 30 April 1968.  Baginda ditabalkan menjadi Raja Perempuan Perlis pada 14 Julai 2000.

DYMM TUANKU AMPUAN BESAR NEGRI SEMBILAN
TUANKU AISHAH ROHANI BINTI TUNKU BESAR MAHMUD DK


Tuanku Aishah Rohani diputerikan di Batu Gajah pada 19 Jun 1952. Baginda merupakan cucunda kepada almarhum Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke 11. Baginda dikahwini oleh Tuanku Muhriz pada 25 April 1974. Baginda ditabalkan menjadi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan pada 14 April 2009. Baginda merupakan Canselor Universiti Sains Islam Malaysia mulai 3 Disember 2011.

DYMM PERMAISURI JOHOR
DYMM TUANKU RAJA ZARITH SOFIA BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH AFIFULLAH
DK SPMJ DK(Perak) SPCM


Tuanku Permaisuri Zarith Sofiah diputerikan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak. Mendapat pendidikan tinggi di Somerville College dan memperolehi Bachelor of Arts (Chinese Studies) dalam tahun 1983 dan mendapat Master of Arts dari University of Oxford (1986). Baginda dikahwini oleh DYMM Sultan Johor pada 22 Sep 1982.  Baginda ditabalkan sebagai Tuanku Permaisuri Johor pada 23 Mac 2015. Baginda adalah juga Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM).






DYMM RAJA PERMAISURI PERAK
TUANKU ZARA SALIM DAVIDSON DKSA DKA


Raja Permaisuri Zara Salim Davidson dilahirkan pada 22 Mac 1973 di Ipoh. Baginda memiliki ijazah Bachelor of Chemical Engineering dari University of Nottingham, United Kindom (1995). Baginda dikahwini oleh Paduka Seri Sultan Perak pada 17 May 2007 dan diberikan gelaran Raja Puan Besar Perak dan dianugerahi gelaran Raja Permaisuri Perak pada 20 Jun 2014.

DYMM SULTANAH KEDAH
TUANKU MALEHA BINTI TENGKU ARIFF



DYMM TENGKU AMPUAN PAHANG
TUNKU HAJJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR ALHAJ DK DK(Pahang) SPMJ



ISTERI SULTAN KELANTAN
PUAN RIHANA OKSANA PETRA (OKSANA  VOEVODINA)


DYMM RAJA PEREMPUAN KELANTAN

(BELUM DIMASYHURKAN)

Puan Rihana Oksana Petra @ Oksana Voevodina dilahirkan pada 10 Julai 1992 di Astrakhan, Russia dan membesar serta bersekolah di Taganrog dalam daerah Rostov-on-don sebelum pergi ke ‘Summer School’ di Universiti Oxford, London untuk belajar Bahasa Inggeris.

Pada 2009 berpindah ke Moscow dan belajar di Plekhanov Russian University of Economics. Saya mendapat Ijazah Sarjana Muda ekonomi pada tahun 2013. Pada tahun 2015 memenangi pertandingan Miss Moscow.

Beliau menceburkan diri dalam bidang industri fesyen sambil belajar di Moscow School of Radio and Television. Pada tahun 2016, beliau telah dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan. Beliau juga merupakan pakar dalam pemasaran antarabangsa dan pada tahun 2016, beliau membuka salon kecantikan di Moscow.

Pada tahun 2017 saya berpindah ke Kuala Lumpur dan bernikah dengan Sultan Muhammad V pada bulan Jun 2018 dan melahirkan seorang putera pada bulan Mei 2019, Tengku Ismail Leon Petra. 
 . 

BAKAL PERMAISURI

Gelaran kepada isteri kepada pewaris Raja di Negeri-Negeri Melayu juga berbeza mengikut negeri.  Pada masa ini pewaris Raja bagi negeri-negeri Johor, Kelantan, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan masih lagi belum mempunyai pasangan.

Isteri Tengku Mahkota Pahang bergelar TENGKU PUAN PAHANG, isteri Raja Muda Perlis dan Kedah bergelar RAJA PUAN MUDA.  Isteri Raja Muda Perak bergelar RAJA PUAN BESAR PERAK.

Mengikut rekod, gelaran isteri pewaris Raja bagi negeri Johor, Kelantan, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan ialah:
  • Johor menggunakan panggilan "ADINDA DYAM Tunku Mahkota Johor'
  • Terengganu menggunakan gelaran 'TENGKU PUAN MUDA'
  • Kelantan menggunakan gelaran 'TENGKU AMPUAN MAHKOTA'
  • Selangor menggunakan gelaran 'RAJA PUAN MUDA'
  • Negeri Sembilan tidak mempunyai gelaran khusus.  Ada ketika menggunakan gelaran tunku Ampuan Muda dan Tunku Puan Muda.


DYTM ISTERI TUNKU MAHKOTA JOHOR
CHE PUAN KHALIDA BINTI MOHD BUSTAMAM


DYTM RAJA PUAN MUDA KEDAH
CHE PUAN ZAHEEDA BINTI MOHD AREEF



ISTERI TENGKU MAHKOTA KELANTAN
PUAN SOFIE LOUISE JOHANSSON
(BELUM DIISYTIHARKAN SEBAGAI TENGKU PUAN MAHKOTA)



Image result for raja puan muda perak mangkat

MANTAN DYTM RAJA PUAN BESAR PERAK

RAJA NOR MAHANI BINTI RAJA SAHAR SHAH
(MANGKAT DUNIA PADA 3 OKT 2017)

DYTM RAJA PUAN BESAR PERAK
RAJA NAZHATUL SHIMA BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS ALMUTAWAKIL ALALLAHI SHAH AFIFULLAH


DYTM RAJA PUAN MUDA PERLIS
TUANKU LAILATUL SHAHREEN BINTI KHALIL AKASHAH SPMP



ALFATIHAH
(TUANKU PERMAISURI YANG MANGKAT SEMASA MASIH DI ATAS TAKHTA)


ALMARHUM TENGKU AMPUAN PAHANG
TUANKU HAJJAH AFZAN BINTI TENGKU MUHAMMAD

ALMARHUM SULTANAH KEDAH
TUANKU HAJJAH BAHYAH BINTI ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN


SENARAI KEKANANAN VVIP WANITA 

PERMAISURI

DYMM Raja Permasuri Agong

DYMM Sultanah Terengganu (1998)
DYMM Raja Perempuan Perlis (2000)
DYMM Tengku Permaisuri Selangor (2001)
DYMM Tuanku Ampuan Negeri Sembilan (2008)
DYMM Isteri DYMM Sultan Johor (2010)
DYMM Raja Perempuan Kelantan (jika ada) (2010)
DYMM Raja Permaisuri Perak (2014)
DYMM Sultanah Kedah (2017)
DYMM Tengku Ampuan Pahang (2019)

ISTERI TYT

YAB isteri TYT Pulau Pinang (2001)
YAB isteri TYT Melaka (2004)
YAB isteri TYT Sabah (2011)
YABhg isteri TYT Sarawak (2016)

MANTAN PERMAISURI YANG MASIH HIDUP

YMM Tuanku Hajjah Zanariah binti Tunku Ahmad
 (Permaisuri Agong VIII)
(mantan Sultanah kepada almarhum Sultan Iskandar, Johor)



YMM Tengku Hajjah Nora binti Tunku Ahmad 
(mantan Sultanah kepada almarhum Sultan Ismail, Johor)

Image result for sultanah nora ismail


YMM Tuanku Hajjah Najihah binti Tunku Besar Burhanuddin 
(Permasuri Agong X)
(mantan Tengku Ampuan Besar NS)


YMM Permaisuri Hajjah Siti Aisyah binti Dato' Sri Abdul Rahman 
(Permaisuri Agong XI)
(mantan Raja permaisuri Selangor)


YMM Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid 
(Raja Perempuan Kelantan)
YMM TENGKU ANIS BINTI TENGKU ABDUL HAMID DK SPMK SPMP DK(Brunei) DK(NS) DK(Perlis) DK(Johor) DK(Selangor)
mantan RAJA PEREMPUAN KELANTAN
(isteri mantan Sultan kelantan, Almarhum Sultan Ismail Petra ibni almarhum Tuanku Yahya Petra yang memerintah dari 1979 hingga 2010)


.

DYMM SULTANAH HAJJAH KALSOM BINTI ABDULLAH DK
(isteri kepada mantan Sultan Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang memerintah Pahang dari 1974 hingga 2019)


Sultanah Hajjah Kalsom (nama asalnya Anita) dilahirkan di Taftan, India pada 12 Sep 1951. Baginda dikahwini oleh Tuanku Sultan Pahang pada 14 Mac 1991 dan diberikan gelaran sebagai Che Puan Kalsom pada sebelum ditabalkan menjadi Sultanah Pahang pada 30 Sep 1992. Dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Sosial oleh University Limkokwing.



ANTARA SEJARAH PERMAISURI
RAJA-RAJA MELAYU
MODEN


  • Tiga beradik sebapa telah menjadi Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, iaitu:
    • Almarhum Tuanku Kursiah binti Tunku Besar Burhanuddin ibni almarhum Tuanku Antah (dari bondanya Sharifah Alawiah binti Sayyid Abd Hamid)- adalah isteri kepada almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad ibni almarhum Tuanku Antah, YDP Besar NS ke 8.
    • Almarhum Tuanku Durratunnafisa Aziba binti almarhum Tunku Besar Burhanuddin ibni almrhum Tuanku Antah (dari bondanya Sharifah Alawiah binti Sayyid Abd Hamid)- adalah isteri kepada almarhum Tuanku Munawir ibni almarhum Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad ibni almarhum Tuanku Antah, YDP Besar NS ke 9.
    • Tuanku Najihah binti Tunku Besar Burhanuddin ibni almarhum Tuanku Antah (dari bondanya Puan Halijah binti Hj Umar)- adalah isteri kepada almarhum Tuanku Jaafar ibni almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad ibni almarhum Tuanku Antah, YDP Besar NS ke 8.
  • Almarhum Tuanku Bahiyah binti almarhum Tuanku Abdul Rahman (Raja Permasuri Agong V) adalah anakanda kepada almarhum Tuanku Kursiah ibni almarhum Tunku Besar Burhanuddin, Raja Permasuri agong I.
  • Tuanku Bainun binti Mohammad Ali merupakan rakyat biasa yang pertama dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Agong. (ke 9). Tuanku Siti Aishah merupakan rakyat biasa yang kedua menjadi Raja Permaisuri Agong (ke 11), Tuanku Nur Zahirah merupakan rakyat biasa ketiga ditabalkan menjadi Raja Permaisuri Agong (ke 13) manakala Tuanku Haminah adalah rakyat biasa keempat ditabalkan menjadi Raja Permaisuri Agong (ke 14)


    No comments:

    Post a Comment