Tuesday, February 3, 2015

039 NEGERI 9: PULAU PINANG


  PULAU PINANG  
PEARL OF THE EAST


Fakta Pulau Pinang

Population:      1.44 juta (2004)
Keluasan:        1,056 km2
Kepadatan:     1364 km persegi
Ibu Negeri:       Pulau Pinang (Georgetown)

Kita sampai ke negeri ke 9 dalam Malaysia, iaitu Pulau Pinang.


SEJARAH PULAU PINANG


Pulau Pinang, yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserahmilik kepada British East India Company pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada  11 Ogos 1786, Kapten Franscis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormati Putera Mahkota Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.



Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal dagangnya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentangkan cita-cita orang Perancis di timur Asia. 

Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila Syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau ini pada tahun 1790 tapi percubaan itu tergagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerahkan hak kepada Syarikat dengan hanya mendapat bayaran honorarium pampasan tahunan sebanyak 6,000 dolar Sepanyol. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari kini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat bayarannya kepada negeri Kedah.

Senarai Pegawai Tadbir the British East India Company di Pulau Pinang sejak ia diambilalih dari Sultan Kedah.

Superintendent
  • Capt Francis Light (11-08-1786 - 21-10-1794)
  • Philip Mannington (1794 - 1795)
  • Forbes Ross MacDonald  (1795 - 1799)
Lieutenant Governor
  • Sir George Leith (1799 - 1804)
  • Robert Townsend Farquhar (1804 - 1805)
Governor
  • Philip Dundas (1805 - 1807)
  • Norman Macalister (1807 - 1810)
  • Charles Andrew Bruce (1810)
  • William Edward Phillips (1810 - 1812)
  • William Petrie (1812 - 1816)
  • William Edward Phillips (1816 - 1817)
  • John Alexander Bannerman (1817 - 1819)
  • William Edward Phillips (1819 - 1824)
  • Robert Fullerton (1824 - 1828)
  • Robert Ibbetson (1828 - 1833)
  • Kenneth Murchison (1837 - 1833)
  • Sir Samuel Bonham (1837 - 1843)
  • John William Butterworth (1843 - 1848)


Resident Councillor

  • Edmund Augustus Blundell (1849 - 1855)
  • William Thomas Lewis (1855 - 1860)
  • Henry Man (1860 - 1867)
  • Archibald Edward Harbord Anson   (1867 - 1883)
  • Charles John Irving (1883 - 1887)
  • Allan Maclean Skinner  (1887 - 1897)
  • Francis James Anderson (acting) (1894 - 1895)
  • Charles Walter Sneyd-Kynnersley (1897 -1904)
  • James Kortright Birch (1904 - 1907)
  • Robert Norman Bland (1907 - 1910)
  • William Evans (1910 - 1914)
  • Alfred T. Bryant (1914 - 1917)
  • Walter Cecil Michell (1917 - 1919)
  • Gilbert A. Hall (1919 - 1922)
  • Arthur Blennerhassett Voules   (1922 - 1925) 
  • William Peel  (1925- 1926)
  • Ralph Scott (1926 - 1928)
  • Meadows Frost  (1928- 1930)
  • Edward Wilmot Francis Gilman  (1930- 1931)
  • Percy T. Allen (1931- 1933)
  • Arthur M. Goodman (1933 - 00-12-1941)


Senarai nama Gabenor Jepun di Pulau Pinang (1941 - 1945)

  • Shotaro Katayama (00-12-1941 - 00-00-1942)
  • Mej Jen Masakichi Itami (1942 - 1944)
  • S. Ikagawa (1944)
  • Seiichiro Shinohara (1944 - 1945)


  
 Masakichi Itami dan Seichiro Shinohara


British Military Governors


1945

Peter Dicken Cracroft
1945
00-00-1946
T.J. Hilken



              
Resident Commissioners


1946
- 1948
Sydney N. King
1948
- 1951
Arthur Vincent Aston
1951
- 1957
Robert Porter Bingham




   

Arthur V. Aston and Robert P. Bingham


Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) dibawah pentadbiran British diIndia. Negeri ini menjadi tanah jajahan (colony) penuh pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada 16 September 1963. Pulau Pinang ialah sebuah pelabuhan bebas sehingga 1969.  



RINGKASAN SEJARAH

11-08-1786 

Sultan Kedah menyerahkan Pulau   Pinang kepada British (Francis Light) dengan perjanjian pihak British akan membantu Kedah jika Kedah diserang Siam.  Kemudian dikenali sebagai Prince of Wales Island dan  menjadi jajahan British yang ditadbir melalui British East India Company (di India).  George Leith dilantik menjadi Gabenor pertama.
00-06-1801 

Seberang Perai (Tanah Besar) diserahkan kepada Ingggeris dan dikenali dengan Province Wellesley (disahkan Nov 1802).
00-00-1867 

Dinamakan semula sebagai Pulau Pinang
14-08-1826 

Diletakkan di bawah pentadbiran Pejabat Jajahan British Negeri-negeri Selat (Straits Settlements)


14-12-1941
00-09-1945    
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
00-00-1945
01-04-1946
British Military Administration
1946
00-02-1948
Digabungkan di bawah gagasan Malayan Union
1948
31-08-1957
Menjadi sebahagian dari Persekutuan Tanah Melayu
31-08-1957

Merdeka dalam Persekutuan Tanah Melayu
16-09-1963

Malaysia

GABENOR/YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG

31-08-1957
31-08-1967 
Raja Tun Sir Uda al-Haj bin Raja Muhammad   (1894 - 1976)
31-08-1967
05-02-1969 
Tun Syed Sheh bin Syed Abdullah Shahabuddin  (1910 - 1969)
05-02-1969
05-02-1975 
Tun Syed Sheh bin Syed Hassan Barakbah    (1906 - 1975)
05-02-1975
01-05-1981 
Tun Datuk Haji Sardon bin Haji  Jubir   (1917 -1985)
01-05- 1981
01-05-1989 
Tun Datuk Dr Haji Awang bin Hassan (1910- 1998)
01-05-1989
01-05- 2001 
Tun Datuk Seri (Dr) Haji Hamdan bin  Sheikh Tahir  (1921 - 2005)
01-05- 2001

Tun Datuk Seri Haji Abdul Rahman  bin Haji Abbas  (1938 - )     

KETUA MENTERI PULAU PINANG

12 Jun 1959
12 May 1969 
Tan Sri Wong Pow Nee  (1911 – 2002)
12 May 1969
25 Oct 1990 
Dr Lim Chong Eu (Tun)  (1919- ) Tun
25 Oct 1990
11-03-2008
Tan Sri Datuk Dr Koh Tsu Koon  (1949 - )           
11-03-2008
kini
Mr Lim Guan Eng (DAP)





KERAJAAN NEGERI

Negeri Pulau Pinang mempunyai Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) sendiri, akan tetapi kuasanya terhad apabila dibandingkan dengan pihak berkuasa kerajaan pusat.

Terdapat dua Majlis Perbandaran di Pulau Pinang, iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

PENTADBIRAN NEGERI

DAERAH

Timur Laut  (pejabat pentadbiran di George Town)
Barat Daya (Balik Pulau)
Seberang Perai Utara  (Butterworth)
Seberang Perai Tengah (Bukit Mertajam)
Seberang Perai Utara (Nibong Tebal)

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Majlis Bandaraya

Bandaraya George Town

George Town telah diberikan status bandaraya pada 1 Januari 1957 oleh Queen Elizabeth II (sebelum kemerdekaan). Walau bagaimanapun, dalam proses penstrukturan semula pada 1976, Majlis Bandaraya George Town telah digabungkan dengan Majlis Daerah Pulau Pinang menjadi Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Oleh itu, walaupun status bandar raya tidak ditarik balik secara rasmi (melalui pindaan undang-undang), kedua-dua Kerajaan persekutuan dan negeri beranggapan bahawa George Town bukanlah sebuah bandaraya. (walaupun ini dibantah keras oleh penduduknya).

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPPP)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merupakan satu kawasan pentadbiran tempatan di kawasan Pulau dan Bandaraya Georgetown. Pada 15 Disember 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Pulau Pinang telah digantikan dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan penguatkuasaan Akta KerajaanTempatan 1976. Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang telah bersetuju pada 25 Jun 2010 agar Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang berpandukan peruntukan bawah seksyen 4(2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Sehubungan dengan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan meluluskan cadangan persempadanan baru kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Pada 28 Mac 2013 Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 4(3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya secara pemberitahuan melalui Warta bahawa sempadan kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang diubah dengan menambah kawasan tebusguna. Selaras dengan itu, pihak Kerajaan Negeri telah membentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Saiz Perkhidmatan Awam pada 9 April 2014 mengenai penambahan sempadan (tebus guna) kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang iaitu sebanyak 8.773km persegi menjadikan keluasan Majlis kini 305.773 km persegi (asal 297 km persegi). Pembentangan tersebut juga merangkumi penambahan jawatan sebanyak 388, menjadikan jumlah perjawatan kini sejumlah 3964 (asal 3576).

Pengiktirafan Majlis Bandaraya Pulau Pinang memperlihatkan penambahan 4 jabatan baru iaitu Jabatan Landskap, Jabatan Warisan, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Permbersihan Awam. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 7 November 2014 telah bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengubah sempadan MPPP dan seterusnya menaiktaraf MPPP ke MBPP. Selaras dengan itu, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pengisytiharan MPPP kepada MBPP berkuatkuasa 1 Januari 2015 pada 10 Mac 201

Majlis Perbandaran
  • Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
Majlis Daerah
  • Tiada
Pelabuhan Antarabangsa
  • Pulau Pinang
  • Butterworth
Lapangan Terbang Antarabangsa
  • Bayan Lepas
Landasan Terbang  Domestik/Tentera
  • Pangkalan Udara Butterworth

Destinasi Pelancungan/Rekreasi
  • Bukit Bendera
  • Pantai Batu Feringhi
  • Pantai Batu Maung
  • World War Museum
  • Botanical Garden
  • Kek Lok Si Temple
  • Pulau Payar
  • Pulau Jerejak
  • Pantai Kerachut (Penyu)
  • Feri Pulau Pinang
  • Masjid Kapitan Kling
  • Taman Negara Telok Bahang
  • Jambatan Pulau Pinang
  • Menara KOMTAR
Kem Tentera
  • Kem Batu Uban
  • Kem Batu Feringghi
  • Kem Sungai Ara
  • Kem Tun Razak, Bukit Gedung
  • Kem AW Leboh Peel
  • TLDM Sungai Nyior
  • Pangkalan TUDM Butterworth
  • Kompleks TUDM Jalan Azyze
  • PPU Western Hill
Pusat Pengajian Tinggi

  • Universiti Sains MalaysiaMinden
  • Universiti Teknologi MARA (Kampus Bukit Mertajam)
  • Kolej Perubatan Pulau Pinang
  • Politeknik Seberang Perai
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

 

YANG DIPERTUA NEGERI


KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEKARANG


YB Lim Guan Eng

MANTAN KETUA MENTERI PP


Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
(1990-2008)


Tun Dr Lim Chong Eu
(1969-1990)


mendiang Tan Sri Wong Pow Nee
(1959-1969)

No comments:

Post a Comment